Edisi jalan2 hari raya masuk ke catatan yg terakhir. Pasni edisi rumah terbuka...tupun kalau chik la rajin nak ambik2 gambar....almaklum la bila dah ramai2 segan pulak nak kuar kan kamera..haha..
Untuk raya ke 4, chik la habiskan masa di rumah kakak ajer...tunggu adik beradik dtg berkumpul lagi...dan makan..makan...Kawan chik la kebetulan tinggal di taman perumahan yg sama dengan kak ngah chik la..dan memang dah target nak pi rumah dia sbb kawan2 sekolah @ geng bas sekolah masa form 5 dulu nak datang jugak. Actually ni memang agenda tahunan kami masa aidilfitri....oleh kerana kawan chik la sorang ni Ina memang rajin bab2 nak sediakan makan2 ni so dengan relahati tiap2 tahun sukarela jadi tuan rumah. Alhamdulillah...murah rezeki hang Ina.
Lebih kurang jam 2.30ptg...chik la pi la ke rumah Ina...pastu sampai pulak CT ngan anak2 sedaranya, Nani ngan anak sedaranya dan last sekali sampailah Haz dgn hubby dan anak2. Hubby Haz pun classmate kami jugak. Tuan rumah masak mee kuah, sup cendawan dan kuih2 raya yg dibuat sendiri....memang best....makan sembang makan sembang ....dekat 2 jam jugak la....Alhamdullillah dpt jugak jumpa mereka2 ini.....harap kami dpt teruskan tradisi ni utk tahun2 hadapan.....insyaAllah.



Hari ke 5 syawal...awal pagi kami bersiap2 nak balik ke kulim semula. Dalam kul 9.30am kami dah mula perjalanan....on the way hubby ajak singgah putrajaya rumah SIL chik la. Call2 SIL ada so boleh la kami menyinggah..hehe Dlm kul 3pm baru bergerak meninggalkan putrajaya. Sampai Tg Malim hubby minta tukar drebar sbb kepenatan...so chik la pulak take over stereng keta tu sampailah ke Bukit Gantang. First time chik la memandu sejauh tu selalunya dekat2 jer :)


6 syawal - pagi2 lagi dah mula kemas2 rumah. Memandang maid chik la takde (bercuti sebulan) so semua kerja chik la kena handle la. Yang best lagi chik la terima tetamu istimewa hari ni. Nak tahu siapa.....rumah chik la didatangi oleh Chik Na sekeluarga yg dlm perjalanan pulang ke KL. Oleh kerana terlalu suka maka kami berdua terlupa nak snap gambar kenangan...hehehe....rugi la Na....Resepi istimewa yg kami hidangkan ialah nasi beriani ayam.....hubby yg masakkan sbb chik la settlekan bab kemas rumah....tq suamiku..hehhe len kali tolong masak lagi yer...hehhe
Setakat ni je la edisi jalan2 cuti syawal....next entry kalau sempat edit, chik la loadkan gambar2 beadings yg chik la buat......

0 Comments