Perjalanan aidilfitri diteruskan. Raya ke 2, seawal 4 pagi chik la dah sampai di RNR Air Keroh. Hubby berhenti rehat, last2 kami semua tertido dlm kereta sampai suboh..hehe..kepenatan. Lepas solat suboh, hubby beli sarapan segera dan perjalanan diteruskan...tak la jauh sangat pun sebenarnya.....dlm 30 jam sampai la ke rumah arwah mak chik la yg sekarang ni didiami oleh kak long dan keluarga. Memang dah jadi acara tahunan, since chik la yg tinggal jauh sekali di utara, ayah dan kakak2 di Melaka, abang di KL..maka kami semua akan berkumpul pada hari chik la balik ke kg. So hari ke 2 syawal, kami adik beradik akan bersama2 berjumpa ayah. Lepas rehat ala kadar...bersiap2 pulak nak jumpa ayah.....tepat jam 11 pagi kami semua dah bersama dengan ayahanda. Kali ni memang meriah sbb bilangan cucu chik la dah bertambah bermakna jumlah kanak kecil bertambah..maka bertambah la hiruk pikuk dengan kanak2 menangis...gelak ketawa....yg tak de cuma keluarga kak ngah sbb masih berada di rumah mertua mereka....makan..makan..dan makan. Oleh sbb sibuk makan dan bersembang hanya sempat tangkap gambar ni jer...hehe

cucu chik la yg ke 3 dengan mak sedaranya (anak kak long chik la)..minah air mata sungguh, pantang mak dia hilang dpd pandangan...tp bila ajak jalan tengok burung terus senyap hehehe...

Lepas zohor, kami adik beradik anak2 saudara bersama2 membaca yasin utk disedekahkan pada arwah mak, atuk, nenek, abang dan kakak chik la yg dah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami. Bacaan diketuai oleh ayah...memang jadi agenda tahunan kami di hari raya.
Petang tu kami semua berkumpul pulak kat rumah kak long utk makan malam....masak asam pedas....memang best!!!
Raya ke 3 - hubby ajak berjalan ke rumah kawan kami yg baru berpindah dpd Kulim ke JB. Rumah org tua mereka di Pontian. Jauh perjalanan kali ni..hehe...kami memang tak pernah sampai ke Pontian....lepas tanya lebih kurang camna nak ke sana...kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 9.30 pg. Kalau ikutkan perjalanan lebih kurang 2 jam lebih tp oleh kerana pertama kali ke sana...kami ni terlajak2 la sampai ke pekan Kukup. Khabarnya kat sini byk jual hasil laut. Alang2 dah sampai kami pun ronda la...tp bila sampai kat situ rasa macam dok kat pekan cina pulak..hehehe....ambik kesempatan jugak naik bot ronda2 ke kawasan sangkar ikan di area tu. Lepas ronda lebih kurang jam 3 ptg baru la sampai ke kg member kami tu. Meriah sungguh la anak2 dpt jumpa kawan mereka. Yg best lagi kawan hubby ni dok bela lembu dan kambing...byk ekor jugak la....dan saksikan la anak2 ku menunggang kambing2 ni tanpa segan silu dan rasa takut....pastu semua bau kambing..hahahha..
Next...catatan ke 3 - yg last kot utk cuti2 semasa aidilfitri sebelum masuk kerja.

bergambar dlm bot yg bawa kami ronda2 kat sangkar ikan. Masa ni takde org lagi....betul2 takde  kerja carik kerja kami nih..hehehe

irfan tunggang kambing, anak member tu siap cium2 peluk manja lagi sang kambing..hehe

adik mira pulak ambil kesempatan tunggang kambing, lepas tu semua dah bau kambing..hahahha

0 Comments