Kita mulakan catatan aidilfitri chik la tahun ni. Tak byk rasanya sbb tak sempat nak bergambar sangat. Kalau update cerita tanpa gambar tak syok pulak kan? Raya pertama kami tahun ni tak ramai sangat di rumah mertua. Ada 3 family ja....3 family lagi beraya di rumah mertua masing2. Seperti biasa, selalunya hubby chik la akan merangkap chef jugak la di rumah buat kan rendang. Mertua dah pesan seminggu awal utk hubby sediakan rendang ayam...so sebelum balik kg tu memang dah siap2 beli ayam bersihkan goreng sikit dan belikan juga bahan2 yg perlu nanti. Hubby bercadang utk buat nasi daging gulai kambing di pagi 1 syawal...so semua bahan dibeli sebelum balik kg, nanti di kg tinggal nak campak2 kan dlm belanga ja. Chik la tolong2 kacau ja...biarlah hubby yg lebih memahami menyediakannya.
Pagi syawal tu memang meriah makan..makan..makan...hehehe...layan anak2 bergambar...since lepas sembahyang raya masa agak singkat sbb tengahari yg lelakinya nak sembahyang jumaat pulak, so kami decide lepak ja kat rumah sambil makan dan tengok tv. Bagi chik la masa ni memang chik la cuba rehatkan minda sekejap selepas berhempas pulas menyiapkan beading kat baju pelanggan2 tetap chik la. Petangnya pulak kawan hubby nak datang so tak kemana jugak la kami. Lepas layan kawan hubby dan keluarganya baru la chik la bergerak ke rumah kawan chik la di parit buntar...rumah yg wajib kami kunjungi setiap kali syawal....rakan sepejabat sebenarnya....meriah dengan makanan jugak kat rumah kawan ni.
Lebih kurang jam 8pm kami beredar ke rumah mertua semula sebb nak kemas2 utk pulang ke Melaka berjumpa keluarga chik la pulak. Kami memang suka perjalanan malam, selain sejuk..anak2 pun tak bising sangat masing2 boleh tidor utk kumpul tenaga aktiviti esok. Kalau penat atas highway kami rileks dulu kat mana2 RNR yg meriah dengan org rehat/tidur sebentar....Lebih kurang jam 10 lebih kot baru kami memulakan perjalanan ke Melaka.....masa tu mertua tinggal seorang sbb 2 family yg lain dan bergerak tuju rumah mertua mereka....tp malam tu abg ipar dah janji nak balik ke rumah mertua...so by that night ada la jugak 1 family kat situ...sementara nak tunggu yg lain2 pulak sampai esoknya.....ok nanti chik la sambung pulak aktiviti di Melaka.......

ni la antara kanak2 yg ada...kecuali yg tengah tu yer...terlebih kanak2 hehe 

anak-anak di pagi raya...

irfan& afiah...kalau nak ambik gambar memang suka wat camtu..

bergambar dengan nenek

ni dah petang..blkg rumah nenek ada bendang..apa lagi bila diberi peluang berposing..

dpt jugak ambik gambar dua beradik nih...anak sedara

bila dah start berposing...hmmm gini la jadinyer...

amira & sepupu ..masih malu2 sbb jarang jumpa...

berlatarbelakangkan bendang, si anak dara berpimpin tangan menyeberang parit...

1 Comments