Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih
Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih. Aduh tajuk pun ikut apa yang terlintas di kepala saja. Banyak sangat nak cerita tapi selalu tertinggal untuk update kat sini. Kadang-kadang teringin nak makan yang lain daripada kebiasaan. Tambahan pula bila tengok ada bahan yang masih tersimpan dalam peti sejuk. Sebelum restok yang baru, kena pastikan stok minggu sebelumnya habis digunakan.
Kali ni ada stok isi ikan yang akak tak ingat nama ikannya. En suami beli masa ronda-ronda di Aeon hari tu. Cadangnya nak buat fish n chip tapi asyik tertunda sahaja. Disebabkan kebelakangan ni agak kerap hujan, jadi perut ni asyik selalu meminta-minta untuk diisi. Hari hujan memang malas sangat nak keluar cari makan di luar. Godek-godek sahaja apa yang ada di rumah.
Teringatkan isi ikan ini, defrost dahulu sambil en suami bancuh tepung. Akak pula cari bahan-bahan yang boleh dijadikan sos cicahnya. Isi ikan goreng sedap kalau dicicah dengan sos lemon putih. Ada mayonis, ceaser sos, lemon, jeruk timun, cukup untuk jadikan sos yang sedap. Jeruk timun (pickle) potong dadu kecil, tak perlu banyak, guna separuh sahaja . Pickle ni memang sentiasa ada stok di rumah, beli sebotol terus simpan dalam peti sejuk.
Campurkan mayonis, sos ceaser, perahan lemon dan potongan pickle tadi dan gaulkan. Dah siap sos cicahannya. En suami ambil part goreng isi ikan.


0 Comments