Bantal Sofa Lagi Untuk Teman. Aduh lamanya akak tak update kat sini. Sibuk sangat agaknya dengan urusan dunia. .Maaflah pada kawan-kawan yang singgah sini tapi nampak cerita lama. Akak cuba yer update semula sekerap mungkin. Ada banyak cerita nak share ni.

Awal Disember ni, akak mulaka dengan perkongsian ringkas ni dulu. Tanpa sengaja, banyak pula permintaan untuk dapatkan handmade bantal sofa ni.  Rezeki namanya.  Tapi memang kena sabar menunggu la yer sebab akak hanya aktif dengan benang dan jarum kait hanya pada hujung minggu atau masa cuti.  Hari kerja memang tak sempat nak layan, kena utamakan urusan yang lain dulu.


kraftangan, cenderahati istimewa, pilihan hadiah, idea cenderahat

Kali ni, dua set warna biru muda dan merah jambu pula.  Kali ni warna pilihan penerima dah bagitau awal, jadi mudah sikit kerja akak.  Mengejar masa lebih kuran dua minggu untuk siapkan dua set ni.  Secara kebetulan, akak ada ambil cuti tahunan juga jadi bolehlah tumpu masa untuk siapkan cepat.


kraftangan, cenderahati istimewa, pilihan hadiah, idea cenderahat

Saiz bantal ni 35cm x 35cm.  Kaitan mati - maksudnya kaitan terus keliling bantal, tak boleh buka atau ganti bantal dah.  Jadi tak bolehlah nak lasak-lasak kan, buat letak-letak atas sofa okay lah.  Tapi semuanya atas permintaan , kalau tak nak tutup semua pun boleh, bolehlah pasang butang.  

Benang pun biasanya akak akan gunakan jenis cotton atau arcylic, tak lembut taklah keras, sedang-sedang aje.

kraftangan, cenderahati istimewa, pilihan hadiah, idea cenderahat

kraftangan, cenderahati istimewa, pilihan hadiah, idea cenderahati

Puashati bila dah siap.  Tambah seronok bila yang menerima pun suka.  On the way, beberapa tempahan lagi.  Alhamdulillah hobi yang mendatangkan hasil.  Hasil tangan ni harganya memanglah tak murah sebab nak menghasilkannya pun bukan mudah.  Bolehlah simpan buat tabung travel pulak.

Jumpa lagi di lain posting !  




0 Comments