Singgah Makan Di Medan Selera Kuala Perlis.  Banyak pula entry singgah makan dalam draft ni.  Akak share satu satu yer.  Jumaat lepas ada urusan dengan suami di Kuala Perlis.  Selesai semuanya, kami pun singgahlah cari makan dulu sebelum pulang.   Kali ni kami berdua sahaja.  Sesekali keluar tanpa anak-anak.

Sebelum ke tempat makan, kami menyelusuri kawasan pantai, saja petang-petang ambil angin laut sambil tunggu matahari terbenam.  Ramai sungguh orang , mungkin bawa keluarga lepas seminggu penat bekerja.   Oleh kerana banyak deretan kedai makan dan jalan agak sempit dengan kenderaan kiri kanan termasuk juga meja-meja makan di tepi jalan, kami masuk ke kawasan parking, cadangnya nak u-turn sahaja tapi secara kebetulan ada pula kereta keluar dan parking kosong, maka en suami pun terus pulas stereng masuk parking.  Rezeki kamilah dapatlah layan sunset sekejap.


menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

Kami berhenti kat sini, Dataran IMAB JPS Kuala Perlis.  Menarik juga tempat ni kalau nak berehat-rehat tengok sunset.  Ada banyak gerai yang berniaga macam-macam jenis makanan sambil ambil angin pantai.

menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap


menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

Cantik sangat view petang kat sini.  Dah lama cari peluang tengok matahari terbenam.  Simpan sini untuk kenangan.

Tak lama pun berhenti sebab tak nak lewat sampai rumah.  Terus bergerak ke medan selera.  Masih awal agaknya, kawasan parking agak lengang dan meja makan pun masih banyak kosong.  Ada beberapa gerai yang menjual pelbagai hasil laut untuk dijadikan menu makan malam. Hmmm...nak makan berdua je dan akak pula paling kurang gemar bila peniaga macam paksa-paksa pilih tempat mereka.  Terus kami jalan sahaja. Cari yang tenang-tenang sikit tanpa paksaan.

Bergerak ke tengah terus singgah di gerai bahagian tengah, terlupa pula nama gerainya.  Kami ambil ikan siakap sederhana, sedikit sotong, terung hijau dan kerabu mangga.  Seronok tengok haiwan laut segar-segar sampai terlupa nak makan berdua sahaja.  Tak apa, kita kurangkan nasi, makan lebih lauk.

Tak lama sangat menunggu sebab orang tak ramai.  Hasilnya, alhamdulillah kenyang dan puashati dengan masakannya.  Sambil-sambil makan tu mulalah nak buat plan cuti-cuti dengan anak-anak pula.  Kami tak pernah lagi ronda-ronda negeri Perlis ni.  Macam banyak juga tempat menarik yang dikongsikan di media sosial.  Okay kita plan dulu.



menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

Main dish adalah ikan bakar, yang lain-lain tu kami order sikit-sikit saja.  Ikan bakar disertakan sekali dengan air asam. 

menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

Sotong goreng tepung, asalnya nak minta sotong masak pedas  tapi mungkin akak tu tak dengar sangat.  Tapi okay saja, sotong goreng tepung pun sedap juga.


menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

Ikan bakar ni sedap juga.  Ikan fresh masak apa pun sedap. Sambal ikan bakar ni sesedap rasa. En suami bagi thumb up kira sedaplah.


menu tepi pantai, ikan bakar sedap, jalan-jalan cari makan, kerabu mangga sedap

Kerabu mangga ni pun sedap. Hahahaha...semuanya sedap lah!  

Selesai makan, rehat sebentar dan bolehlah bergerak pulang.  Hari pun hujan sekejap-sekejap tapi taklah lebat, masih boleh memandu dengan tenang.  Jalan pun tak jem.  Singgah solat jamak di RNR Gurun, tempat biasa kami singgah kalau perjalanan pulang dari Kuala Nerang dulu masa kakcik belajar di sana.  Surau pun tak ramai orang, kalau musim cuti panjang atau cuti sekolah, tak kira masa surau ni sentiasa penuh dengan mereka yang bermusafir.






0 Comments