Haram Jadah Menu Istimewa Kaum Chetti di Melaka
Assalamualaikum wbt. Semalam ada kawan hantar gambar ni dalam group watsap dengan pertanyaan ..orang Melaka sila jawap. Alamak...akak sendiri pun tak pernah tahu tentang menu ni.
gambar google
Kata orang `anak Melaka pantang dicabar'. Terus google apakah lauk `Haram Jadah' ni. Rupa-rupanya `Haram Jadah' ni adalah antara lauk kegemaran masyarakat keturunan Chetti di Melaka. Akak pun baru tau. Komuniti Chetti ni bukanlah satu komuniti yang besar. Dulu masa kecil-kecil nak kenal golongan chetti ni mudah sangat. Nampak orang lelaki India yang memakai sarung putih, bawa payung, kepit satu fail atau buku dan di dahi ada calit putih. Kumpulan ni terkenal juga dulu-dulu.
Berbalik pada hidangan `Haram Jadah', asal namanya dikatakan bermula bila mana di zaman nenek moyang keturunan ini tidak mempunyai resepi khusus atau nama khusus untuk masakan mereka. Mereka hanya menggunakan apa sahaja bahan-bahan yang mudah didapati. Bila ditanya, lauk haram jadah apa yang kau masak ini? Mereka pun tak pasti apa nak jawab.Nama `Haram Jadah' ini terus kekal digunakan setiap kali mereka memasak menggunakan bahan yang sama.
Lauk `Haram Jadah' ini merupakan campuran beberapa jenis sayur-sayuran seperti lobak putih, terung, peria dan kacang panjang. Memang berkhasiat sungguh ramuannya. Cara memasaknya pun lain daripada masakan kari yang biasa kita buat.
Teringin pulak akak cari lauk `Haram Jadah' bila balik Melaka nanti. Baru tahu akan kewujudan perkampungan minoriti Chetti ni. Kisah lanjut tentang `Haram Jadah' ni korang boleh baca dalam akhbar Kosmo LAUK HARAM JADAH MENU ISTIMEWA
*kredit to Kosmo
2 Comments
BARU TAHU ADA NAMA MAKANAN GINI...
ReplyDeleteTapi kenapa letak nama makanan mcm tu em em
ReplyDelete