Staycation Di Flemington Hotel Taiping. Lama dah rasanya tak check in mana-mana hotel.  Sibuk sangat ke? Tidaklah juga. Cuma sekarang ni lebih suka menghabiskan masa di rumah saja. Syndrom meningkat usia kot.  Lebih suka spend masa di rumah sendiri, rileks rileks sambil buat aķtiviti yang disukai.  Lagipun banyak post yang terbenam dalam draft.  Bila nak up nak kena semak semula penulisannya. Pelan-pelanlah kita kayuh.


Flemington Hotel Taiping, Perak

Dah jom, akak share staycation di Flemington Hotel Taiping hujung minggu baru ni.  Singgah di sini selepas menghadiri mesyuarat  pibg di sekolah Dikwan. Alang-alang dapat kebenaran pulang bermalam, kami terus che k in saja. Jimat masa!


bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik
Gambar daripada website Flemington Hotel

Kalau sebut Taiping terbayang suasana redup, tasilk, zoo, yong tau foo, kuey teau goreng dan macam-macam lagi.  Flemington Hotel ni, lokasi yang sesuai untuk menikmati semua ni.  Lokasinya berhadapan dengan Tasik Taiping memang kena dengan citarasa mereka yang ingin berehat--rehat dalam suasana yang tenang dan santai.

Bila daapt tahu, adik boleh pulang bermalam, cepat-cepatlah mak dia ni cari bilik hotel yang berdekatan.  Hotel Flemington ni selalunya akan jadi pilihan sebab lokasinya yang boleh dikatakan strategik.  Kalau musim cuti, memang susah nak dapat bilik kosong.  Tak perlu ambil masa lama nak fikir dan banding harga, terus book superior twin room dengan sarapan.  Harga masa booking RM238, booking online jer melalui Booking.com.

bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

Inilah bilik yang kami dapat.  Silap tak minta bilik mengadap tasik tapi yang ni pun okay.  Katil single ni memang saiz sorang tidur.  Antara katil ni ada ruang kosong di kiri kanan dan bahagian tengah.  Kalau korang bawa anak-anak, boleh lah bawa toto sekali  dan hampar untuk mereka.

bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

Bilik simple saja tapi keperluan asas cukuplah.  Kalau tanya akak, yang pentng iron dan iron board kena ada.  Biasalah kan orang perempuan.  Sejadah juga disediakan.


bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

TV bukan saiz besar tapi bolehlah.  Bukan nak tengok sangat pun. Pasang tv nak bagi ada bunyi riuh dalam bilik.  Lagipun masa lebih banyak di luar.

bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

Ada peti ais kecil disediakan.   Cermin besar disebelah pintu bilik air.  

bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

Bahagian dalam bilik air.  Sekarang ni kebanyakan hotel tak sediakan sabun dan syampoo dalam bekas kecil-kecil.  Letak sekali dalam bekas besar dan gantung di dinding, nanti refill sahaja.   Jimat ! Air panas - function !  Aircond pun sejuk.

bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

Satu tarikan bila menginap di hotel ni tentulah kolam mandi.  Di sini, kolam mandi terletak di roof top.  Ada bahagian dewasa dan kanak-kanak.  Tapi untuk kanak-kanak korang kena pastikan ada orang pantau.  Semua atas tanggungjawap sendiri yer.  Pada yang gayat macam akak ni, tak perlulah berenang-renang sampai ke tepi. Bahagian tepi tu korang boleh tengok view juga dari dalam air, kalau  korang pandai menyelamlah.


bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

Anak-anak akak semua belajar berenang dengan ayah mereka.  Ajar cara orang kampunglah, yang penting boleh apungkan diri.  Bolehlah berenang-renang dalam kolam.  Bukan cuti umum atau cuti sekolah jadi, bolehlah berlama-lama dalam kolam sebab tak ramai orang.  Waktu operasa 7 pagi - 8 malam. Pakaian yang sesuai, tidak strict sangat.

Akak ambil bilik berserta dengan sarapan pagi.  Tak sempat ambil gambar di lokasi makan .  Makanan biasa seperti nasi lemak, kuey teau goreng, buah-buahan, roti ada disediakan.  Tak banyak pilihan tapi sedap-sedap juga.  Kalau korang ambil bilik tanpa sarapan dan bercadang untuk tambah kemudian pun boleh.  Harga buffet breakfast untuk dewasa RM18 seorang dan kanak-kanak RM12 seorang.  Okaylah kan!

Jatuh Cinta Dengan Kehijauan Tasik Taiping

Kalau ke Taiping ni memang tak complete kalau tak mengelilingi Tasik Taiping.  Tak pernah jemu.  Kalau menginap di Flemington Hotel ini, ambillah peluang untuk tengok view tasik daripada roof top. Sambil-sambil bermain di kolam, jenguklah ke bawah.

bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

Pemandangan ini akak ambil daripada atas. Suasana lepas hujan nampak segar.


bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

Ambil kesempatan juga simpan gambar pemandangan di pagi hari dari tepi tasik.  Tak tahu ada berapa banyak gambar Tasik Taiping ni dalam simpanan.

bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik


bandar warisan taiping, tempat menarik di taiping, tahun melawat perak 2024, jalan-jalan negeri perak, taman, tasik

Kalau korang ke Taiping, bolehlah masukkan Flemington Hotel ni sebagai salah satu pilihan tempat penginapan.  Pokok-pokok besar yang masih ada di sini menjadikan tempat ni cantik untuk ootd.  


Jom ke Taiping sempena Tahun Melawat Petak 2024 !


9 Comments

  1. Tempat favourite healing..lake garden

    ReplyDelete
  2. Bestnya cuti2, SA ni ntah bila nak cuti...suami kerja Spore susah nak cuti sama- sama kak...

    ReplyDelete
  3. dah lama teringin nak melawat bandar Taiping yg bersejarah ini. Semoga dimakbulkan Allah.

    ReplyDelete
  4. Bila dah selalu ke satu2 tempat tu, pasti nak ambil gambar juga walau tahu sama je rupanya.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah, cantiknye pemandangan Taiping.. menggamit memori sungguh..

    ReplyDelete
  6. Lama tak ke Taiping. Kami selalu check in kat hotel sekali shopping mall tu. next time kalau ke rumah makcik husb kat Taiping boleh stay sini pulak. Done follow sini 🫰🏻

    ReplyDelete
  7. Dah lama tidak pergi Taiping. Cantik hotelnya.

    ReplyDelete
  8. Uncle tak boleh tengok pool macam tu... pasti terjun dan tak mo naik!

    ReplyDelete
  9. kalau ada iron saya suka!
    hehehehe...
    sejenis yg hati x tenang kalau x dpt gosok baju bla berjalan2 ni
    hahaha

    ReplyDelete