Gemuk-gemuk Si Kuih Ketayap.  Penangan tiba-tiba teringin nak buat kuih ketayap.  Ada tempat panggil kuih dadar.  Tak kisahlah apa nama sekalipun, memang gigih daripada semalam minta en suami hantar kelapa muda ke kedai untuk dimesin.  Inti kuih ni lebih sedap kalau guna isi kelapa muda.  Dek tak berapa pandai membuatnya, jadilah saiz kuih ketayap berbeza daripada jualan di kedai.


resipi kuih tradisi, menu minum petang, kuih jualan, resipi ringkas, resipi kuih ketayap sukatan cawan


Kuih ketayap ni antara kuih yang menjadi bahan jualan arwah mak akak suatu masa dahulu.  Selain kuih ketayap, arwah mak juga pandai buat kuih karipap, kuih badak, kuih keria dan macam-macam lagi lah. Ini antara yang selalu jadi kuih jualan.  Jadi sedikit sebanyak memang dah terpahat dalam kepala ni cara penyediaan kuih-kuih ni.  Antara rajin dan tidak saja nak buat.

Resipi kuih ketayap ni mudah je dan ramai yang share dekat media sosial, korang google je.  Kalau ikut cara akak senang je.  Mula-mula korang kena sediakan inti kuih ni. 

 

Bahan-bahan Inti Kelapa

Kelapa parut - ambil isi kelapa yang muda, tapi dah keras di tempurung.  Kalau rajin korang boleh parut sendiri, nak senang, hantar mesin di kedai sahaja.

Gula melaka/nise -  sekeping pun boleh.  Option lain guna gula merah yang dijual secara timbang.

Sedikit gula pasir/gula perang- yang ni korang tambah sekiranya gula melaka tadi tidak menepati raasa manis yang korang nak

Sedikit  garam

Air

Daun pandan - guna 2 helai, simpulkan

Caranya - masukkan air ( tak perlu banyak, akak mulakan dengan secawan, kalau kelapa parut banyak, tambahlah sedikit lagi airnya).  Masukkan gula melaka/nise/gula merah (ikut mana yang korang guna), daun pandan dan kelapa parut.

Gaul-gaulkan.  Masukkan sedikit garam.  Kacaulah sampai gula tu larut, bergaul sekali dengan kelapa parut.  Kalau kering, korang tambah lagi sedikit air.  Sambil-sambil tu rasa manis inti, kalau kurang, boleh tambah gula  perang atau gula pasir. Kacau sampai inti jadi pekat dan lembab.

Dah siap bolehlah ketepikan dulu.  Inti kelapa ni boleh buat lebih.  Boleh juga digunakan untuk buat kuih pau, tepung bungkus dan jadikan inti roti.


resipi kuih tradisi, menu minum petang, kuih jualan, resipi ringkas, resipi kuih ketayap sukatan cawan

Tak secantik orang lain buat tapi rasanya memang umpphhh!

Seterusnya, sediakan batternya pulak.  

Akak guna 1 cawan tepung gandum, setengah biji telur  ( yang ni korang agak-agak la, pecah sebiji, masukkan sebahagian sahaja),  sesudu minyak masak, sedikit santan cair, secubit garam, air - masukkan sedikit-sedikit.  Gaullah semua ni dengan whisk. Batter jangan terlalu cair dan jangan pula pekat. Sedang-sedang aje.  

Siap bancuhan ni, dah bolehlah panaskan pan, lepas tu letak sedikit minyak dan sendukkan lah bancuhan batter tadi ke dalam pan.  Buatlah seberapa banyak kulit kuih ketayap yang boleh.  Sambil buat kulitnya, sambil korang letak inti dan gulung.

Jom buat kuih minum petang !


7 Comments

  1. kuih feveret Abah Ana ni! hehe

    ReplyDelete
  2. Aduhai dah berzaman sy tak buat kuih ketayap ni, padahal kuih favorite ni. Anak⁴ ada di rumah ni harapnya timbul kerajinan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, ni dah standby inti kelapanya, tinggal nak buat ja ni nanti.

      Delete
  3. Kuih ni Dania suka jugak tapi saya tak berapa suka kuih yang lembik2 ni. Entah kenapa....

    ReplyDelete
  4. buat gemuk2 cepat kenyang. itu lah untung kalau buat sendiri kann boleh kut citarasa

    ReplyDelete
  5. Orang Melaka sebut kuih dadau (dadar)

    ReplyDelete