Resipi Ringkas Ikan Masak Cuka
Resipi Ringkas Ikan Masak Cuka. Hujung minggu ada yang jadikan hari untuk berehat, ada yang akan ambil peluang mengisi stok barang-barang di rumah. Ada juga yang ambil peluang memasak dengan lebih sempurna untuk hidangan keluarga. Bagi akak, tengok mood, biasanya hujung minggu memang lebih pada keluarga dan berehat sambil layan hobi sendiri. Hari ni akak nak share resipi Ikan Masak Cuka untuk korang cuba. Manalah tahu masih ada yang mencari menu untuk tengahari atau malam nanti.
Ikan mask cuka ini, selain mudah disediakan, ianya juga merupakan antara lauk kegemaran kami di bulan puasa. Lauk ni boleh simpan sehari dua - rasanya akan lebih mantap.
Resipi Ikan Masak Cuka (versi kami)
10 ulas bawang putih - belah dua
2cm halia - racik halus
3-5 biji cili padi - ketuk sedikit
1 biji cili besar - dipotong serong
1-2 sb cuka
1 cwn air
minyak secukupnya - boleh guna minyak goreng ikan saja
Garam secukupnya
Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili besar, biji sawi dan cili padi sehingga wangi.
Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
Tambahkan cuka. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
Rasa dan cukupkan masin dan masam, bolehlah tambah garam dan cuka secukupnya.
Lawankan dengan telur dadar.
16 Comments
bolehlah dicuba nanti..
ReplyDeletemudah ja ..boleh cuba tu nanti
Deleterumah linda tak pernah ada cuka..jd nye, linda masak asam je..tu pun sebab pernah makan kt rumah MIL...rumah sendri tak pernah masak2 mcm tu
ReplyDeletetak ada cuka pun tak apa, optional tu.
Deletemasakan gorengan simple je ni
ReplyDeleteYang simple itu sedap.
DeleteNanti hendak cuba. Insya Allah.
ReplyDeleteCuba tau...senang saja nak buat
DeleteSave dulu resepi ni. Selalu PH buat masak asam ikan² ni. Len kali boleh buat masak cuka pula.
ReplyDeletecubalah mana tahu kena dengan selera.
DeleteSuka hidangan ni tapi kat rumah dah lama tak masak menu ni.
ReplyDeletekami pun jarang-jarang masak menu ni.
DeleteTerbaik! Comfom uncle tunjuk kat aunty resepi ni...!
ReplyDeletesila...sila....nanti aunty buatkan untuk uncle
Deletemenu feveret Abah saya ni! sedapnyaaaa ikan masak cuka!
ReplyDeleteibu ayah memang suka lauk-lauk simple macam ni
Delete