Resipi Ringkas Ikan Masak Cuka.  Hujung minggu ada yang jadikan hari untuk berehat, ada yang akan ambil peluang mengisi stok barang-barang di rumah.  Ada juga yang ambil peluang memasak dengan lebih sempurna untuk hidangan keluarga.  Bagi akak, tengok mood, biasanya hujung minggu memang lebih pada keluarga dan berehat sambil layan hobi sendiri.  Hari ni akak nak share resipi Ikan Masak Cuka untuk korang cuba.  Manalah tahu masih ada yang mencari menu untuk tengahari atau malam nanti.

Ikan mask cuka ini, selain mudah disediakan, ianya juga merupakan antara lauk kegemaran kami di bulan puasa.  Lauk ni boleh simpan sehari dua - rasanya akan lebih mantap.


Resepi ikan masak cuka utara, ikan masak cuka simple, masakan ikan, pelbagai citarasa ikan, cara mudah masak ikan


Resipi Ikan Masak Cuka (versi kami)

Ikan - gaul garam kunyit dan goreng terlebih dahulu. Ketepikan.
(akak tak nyatakan ikan apa sebab ada pelbagai ikan yang korang boleh guna - ikan selar, ikan siakap, seludu, jenahak,gelama, tenggiri dan apa sahaja ikan yang sesuai)
1 biji bawang besar - dipotong separa bulat
10 ulas bawang putih - belah dua
2cm halia - racik halus
3-5 biji cili padi - ketuk sedikit
1 biji cili besar - dipotong serong
1-2 sb cuka
sesudu kecil biji sawi
1 cwn air
minyak secukupnya - boleh guna minyak goreng ikan saja
Garam secukupnya
Sedikit gula penambah rasa


Caranya:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili besar, biji sawi dan cili padi sehingga wangi.
Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
Tambahkan cuka. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi. 
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
Rasa dan cukupkan  masin dan masam, bolehlah tambah garam dan cuka secukupnya. 
Padamkan api dan masukkan dalam bekas bertutup.
Lawankan dengan telur dadar.


Selamat Mencuba !

11 Comments

  1. rumah linda tak pernah ada cuka..jd nye, linda masak asam je..tu pun sebab pernah makan kt rumah MIL...rumah sendri tak pernah masak2 mcm tu

    ReplyDelete
  2. masakan gorengan simple je ni

    ReplyDelete
  3. Nanti hendak cuba. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Save dulu resepi ni. Selalu PH buat masak asam ikan² ni. Len kali boleh buat masak cuka pula.

    ReplyDelete
  5. Suka hidangan ni tapi kat rumah dah lama tak masak menu ni.

    ReplyDelete
  6. Terbaik! Comfom uncle tunjuk kat aunty resepi ni...!

    ReplyDelete
  7. menu feveret Abah saya ni! sedapnyaaaa ikan masak cuka!

    ReplyDelete