Musang King In The House! Siapa yang tak kenal dengan Musang King. Salah satu jenis durian yang memang tak boleh disangkal sedapnya.  Tapi harganya jangan cakaplah ...mahal!.  Dek kerana mahal dan tak boleh nak beli selalu, maka en suami cuba nasib menanam pokok musang king ni.  

Dah hampir 4 tahun dah usia pokok ni.  Kami tanam dalam kawasan rumah tapi taklah dekat sangat dengan bumbung rumah. Pokok ni pun memang nak trim tak nak kasi tinggi-tinggi, biar dia rendang ja bila berbuah nanti.

Bukan mudah rupanya nak menjaga pokok musang king ni.  Kena rajin belek, jaga, baja, trim dan sebagainya untuk pastikan pokok membesar dengan sihat.

 

durian sedap, raja durian, tips pilih durian, musim durian

Saiz pokok awal tahun lepas.  Masa ni rasa macam lambat je lagi pokok ni nak besar.

durian sedap, raja durian, tips pilih durian, musim durian

Ni saiz terkini lepas dibaja, diracun, sembang-sembang manja.  En suami memang teruja dengan pokok musang king ni.  Cubaan pertama.  Kalau berjaya yang ni, akan diusahakan pula di lokasi lain.  En suami kata tak lama lagi boleh cuba ajar pokok berbuah pula.  Moga dapatlah kami merasa nanti.

durian sedap, raja durian, tips pilih durian, musim durian

Pokok musang king ni antara pokok yang paling mudah diserang serangga/ulat.  Kena rajin belek-belek daunnya.  Jadual semburan racun dan baja tak boleh culas kalau nak pokok sihat.  Dahan-dahan juga ada yang perlu dipangkas  supaya pokok boleh membesar.  Bila pasangan peminat pertanian ni sedikit sebanyak akak belajar jugalah.  
 
durian sedap, raja durian, tips pilih durian, musim durian

Kalau dah peminat durian, memang cuba juga nak ada pokok sendiri.  Lepas ni bolehlah usahakan tanah kebun sekangkang kera yang ada untuk tanam pokok buah-buahan. Kalau bukan hasilnya untuk kita, mungkin untuk anak cucu di kemudian hari.

Tips Untuk Pilin Buah Durian yang Baik Isinya


Dah bercerita pasal durian, akak terbaca juga tips untuk pilih buah durian yang baik isinya.  Akak share ni untuk pengetahuan bersama.

1) Pilihlah durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana lazimnya durian jenis ini memiliki isi yang kering dan manis. Selain itu, duri yang tumpul juga memudahkan durian dibuka.

2) Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, baunya dengan merapatkan durian ke hidung. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam.

3) Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah.

4) Buah durian biasanya mempunyai 5 pangsa. Cari garisan pangsa. Garisan pangsa itu akan jelas kelihatan pada kulit buah apabila sudah matang

(*sumber wikipedia)

4 Comments

  1. kami cuba juga semai biji musang king dalam pasu,tak besar2 pokoknya nak tanam atas tanah tak ada tempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga cuba semai dalam pasu tapi lambat sangat, pastu tukar semai dalam poli bag

      Delete
  2. Alhamdulillah membesar dgn sihat...semoga ada rezeki merasa buahnya pula 🤲
    Hantu durian tumpang teruja haha 😂

    ReplyDelete
  3. wahhh seronoknyaaaa
    saya pula yang tumpang excited
    hahahaha

    ReplyDelete