Lama Tak Singgah Menara Alor Setar.   Bila nak mula update semula selepasa lama berdiam, memang susah betul.  Moga istiqomah lagi tahun ni untuk rajin update dan berkongsi.  Lepas cuti-cuti hujung tahun, moh ler kita update perkara-perkara menarik untuk dikongsikan di sini.  Dimulakan dengan lawatan kerja di Menara Alor Setar.  Dah lama sungguh tak singgah ke Menara Alor Setar ini.  Kali pertama dulu, anak-anak masih kecil lagi, masih berlari sana sini jenuh nak kepung.  Sekarang ni anak-anak pun dah besar, baru akak ada kesempatan ke sini lagi.


Lawatan Kerja Ke Menara Alor Setar

Pergi kali ini bukan untuk bercuti, tapi atas urusan kerja.  Jauh yer HR kami buat sesi bersama pengurusan, sampai ke Menara Alor Setar.  Lebih kepada sesi beri peluang kepada anggota bersantai-santai dengan pengurusan dan berbincang pencapaian 2023 dan arah tuju 2024 yang lebih fokus.   Sesekali ubah angin.

Walaupun perjalanan agak jauh, lebih kurang sejam setengah, tapi kami seronok juga sebab dapat berjumpa dengan rakan taulan walaupun bertugas di negeri yang sama tapi jarang-jarang sangat dapat berjumpa.

tempat menarik di alor setar, cuti-cuti alor setar, jom melawat alor setar, menara tinggi, pemandangan cantik

Kalau dari lebuhraya utara selatan arah ke Bukit Kayu Hitam, memang boleh nampak menara ni daripada kejauhan. Tidak setinggi Menara KL, di sini juga ada restoran berputar. 

Menara Alor Setar , Kedah Darul Aman

Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.  Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Balai cerap terletak pada ketinggian 88.5 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

(sumber rujukan wikipedia)

tempat menarik di alor setar, cuti-cuti alor setar, jom melawat alor setar, menara tinggi, pemandangan cantik
sumber:rileklah.com

Kalau ke sini, korang boleh ke StarSky ni.  Akak tak bergambar di sini, gayat nanti habis peluh keluar. Tapi bila tengok gambar kawan-kawan, cantiklah pulak !!


tempat menarik di alor setar, cuti-cuti alor setar, jom melawat alor setar, menara tinggi, pemandangan cantik

Bergambar kat bawah sajalah. Kononnya nak masukkan gambar menara sekali tapi dapat sebahagian sahaja.

tempat menarik di alor setar, cuti-cuti alor setar, jom melawat alor setar, menara tinggi, pemandangan cantik


tempat menarik di alor setar, cuti-cuti alor setar, jom melawat alor setar, menara tinggi, pemandangan cantik

Bergambar dengan bosses.  Kami tak ramai tapi kami ada .

Kalau korang berada di Alor Setar, bolehlah singgah kat sini melihat pemandangan cantik dari atas.  

Next....kat mana lagi tempat menarik untuk dikongsikan?





0 Comments