Bekalan Air Terputus di Seluruh Pulau Pinang.  Jarang-jarang berlaku di Pulau Pinang. Bermula 10 sehingga 14 Januari 2024 ini, akan berlaku gangguan bekalan air di seluruh Pulau Pinang.  Gangguan ini adalah disebabkan oleh tugas-tugas penggantian dua unit injap kawalan di LRA Sungai Dua yang mengalami kebocoran.  Lama juga yer tak ada bekalan air, hampir 4 hari.  

Walaubagaimanapun, berita ini telah dimaklumkan sebulan  awal supaya penduduk dan industri-industri boleh buat perancangan sepanjang tempoh tersebut.  Syarikat tempat akak bekerja pun telah mengeluarkan notis memberi kebenaran untuk kami bekerja dari rumah.  Sekiranya perlu ke pejabat, datang untuk tujuan yang diperlukan, selesai urusan, boleh balik teruskan kerja di rumah.  Lega juga bila bos bagitau macam tu.  Bila ketiadaan air di hari kerja memang macam-macam nak kena fikir.

Sekolah-sekolah pun diberi kebenaran melaksanakan PDPR.

Persediaan Menyimpan Air

Akak tertarik dengan pelbagai cara yang digunakan oleh penduduk di sini menyimpan air.  Ye lah ada yang menetap di kawasan kampung, ada yang menetap di pangsapuri bertingkat-tingkat, ada yang menetap di taman-taman perumahan. Maka perlukan kreatif untuk memastikan bekalan air mencukup sepanjang tempah ini, terutama mereka yang mempunyai anak-anak kecil di rumah.

Bercerita tentang ketiadaan air ini, akak teringat krisis air yang pernah berlaku di Melaka.  Waktu tu akak masih bersekolah di Tingkatan 6.  Lama juga krisis air ini.  Walaupun tinggal di kampung tapi rumah akan terletak di kawasan perumahan tersusun bukan betul-betul kawasan kampung.  Waktu tu rumah memang tiada tangki simpanan air tapi kami ada kolah besar dalam bilik mandi.

Selain tu simpan juga air dalam beberapa tong besar, baldi dan apa sahaja bekas kosong yang ada termasuk botol-botol untuk keperluan mengambil wudhu.  

Waktu tu, setiap pagi kena bangun awal seawal 430 pagi sebab nak teman mak angkat air di telaga orang kampung.  Jarak antara rumah ke telaga lebih kurang 200meter lebih.  Masa tu tiada rasa risau pun sebab keluar ramai-ramai dan waktu awal pagi memang ada yang dah bergerak ke tempat kerja.  Ketika itulah belajar cara mengambil air di telaga. Lepas tu guna pengandar untuk angkat 2 biji baldi yang penuh air.  

Sampai rumah, siap-siap pula untuk ke sekolah.  Di sekolah memang rata-rata akan bercerita pasal ketiadaan air.  Bekalan air lori tangki sampai berselang hari.  Masa tu macam pesta pulak di jalanan sebab masing-masing menyusun bekas air macam-macam saiz, macam-macam warna,  Meriah! Sayangnya tiada gambar untuk dikongsi.

Cara Menyimpan Air

Macam-macam cara dikongsi untuk menyimpan air.  Secara keseluruhannya, logik akal memang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Semua gambar ini dikongsikan di muka buku Penang Kini.  Manalah tahu nanti ada kawasan lain mengalami isu yang sama, bolehlah guna idea-idea ini untuk buat simpanan air. 

dugaan, bekalan air tiada, cabaran untuk kita

Menggunakan kerusi plastik yang diterbalikkan dan dimasukkan plastik ke bahagian dalam kerusi.  Pastikan plastik jenis tebal yer.  Cara ni boleh digunakan untuk simpanan air dalam jangka pendek. Bahaya juga kalau plastik bocor, jenuh melembah dalam rumah nanti.


dugaan, bekalan air tiada, cabaran untuk kita
Cara ini juga menggunakan plastik dan diikat. Akak pernah guna juga cara ni satu ketika dulu.  Memang mudah cara ni dah jimat kos. Cuma kena pastikan plastik tebal dan ikatan kuat.

dugaan, bekalan air tiada, cabaran untuk kita

Guna bekas ni, perlukan ruang.  Lagi besar ruang, lagi banyaklah bekas boleh ditempatkan. Cuma bekas-bekas ni pun dah naik harga sebab permintaan tinggi.

*sumber gambar FB Penang Kini

Apapun, semoga yang terlibat bertabah dengan situasi ini.  Tak lama 4 hari sahaja.



4 Comments

  1. Semoga semuanya tabah dan dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  2. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete