Tempat Buffet Makanan Laut Menarik Untuk Dikunjungi Di Hat Yai

Thursday, July 25, 2019

Dahpun hari Khamis, pantas masa berlalu. Hari gaji penjawat awam, lepas tu bersambung pulak dengan hujung minggu yang panjang. Panjang kalau korang ambil cuti Isnin nanti memandangkan hari selasa 30 Julai telah dinobatkan sebagai cuti umum sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong. Kat ofis ni pun dah ada yang plan bercuti-cuti.

Sambil kemas gambar-gambar lama dalam hp, sambil kumpul mana-mana kisah yang belum dikongsikan kat sini.  Banyak, tapi akak pilih yang paling menarik antara yang menarik. Ada yang plan nak bersantai di Hat Yai? Mesti ada kan. Kalau di utara ni, ramai je yang buat kunjungan tanpa bermalam.  Penat sikit tapi kalau dah plan cantik, boleh je buat day trip.


Tempat Buffet Makanan Laut Menarik Untuk Dikunjungi Di Hat Yai



Akak kalau ke Hat Yai, antara agenda mesti ada ialah cari makan.  Selain daripada makanan biasa seperti tomyam, ikan bakar dan lain-lain masakan Thai, akak akan cuba juga steamboat dengan pelbagai pilihan makanan laut. Salah satu yang menarik untuk dikunjungi ialah Khlonghae Seafood Buffet Hat Yai.  Terletak tidak berapa jauh daripada Floating Market yang terkenal di Hat Yai. 

Apa yang menarik di sini? Ada pelbagai pilihan makanan laut dan lain-lain lagi yang pastinya korang jadi rambang mata nak makan.  Makan selagi boleh. Jom akak share antara yang terdapat di sana.


khlong hae seafood price, harga buffet, buffet seafood, masa operasi khlong hae buffet seafood, steamboat sedap di Hat Yai

Sebaiknya korang datang awal. Tempat ni memang selalu jadi tumpuan. Kalau lambat memang jenuh tengok orang.  Tapi jangan risau, tak tunggu lama sangat untuk dapatkan tempat.  Ada yang dah booking awal terutama yang datang ramai. Tempatnya agak besar cuma nak tunggu tempat kosong lah jenuh sikit, kat sini orang yang datang makan bukan sekejap, selagi tak kenyanglah katakan!

khlong hae seafood price, harga buffet, buffet seafood, masa operasi khlong hae buffet seafood, steamboat sedap di Hat Yai

Ikan korang pilih ja yang mana satu. Yang dah ada atas tempat pembakar siap atau korang pilih ikan dan letak atas tu tunggu sambil usha makanan lain.

khlong hae seafood price, harga buffet, buffet seafood, masa operasi khlong hae buffet seafood, steamboat sedap di Hat Yai

Pada yang nak makan masakan nasi campur, pelbagai lauk pauk juga disediakan, korang pilih ja mana yang berkena di mata.

khlong hae seafood price, harga buffet, buffet seafood, masa operasi khlong hae buffet seafood, steamboat sedap di Hat Yai

Antara pilihan yang ada.


khlong hae seafood price, harga buffet, buffet seafood, masa operasi khlong hae buffet seafood, steamboat sedap di Hat Yai

Ni antara pilihan utama kami.  Lepas en hubby ambil, anak-anak pulak ambil. Bergilir-gilir, mak jaga meja.  Nak ambil bebanyak takut tak habis.


khlong hae seafood price, harga buffet, buffet seafood, masa operasi khlong hae buffet seafood, steamboat sedap di Hat Yai

Anak dara jaga yang ni sementara ayah dan abang pi cari bahan yang lain.

khlong hae seafood price, harga buffet, buffet seafood, masa operasi khlong hae buffet seafood, steamboat sedap di Hat Yai

Sempoi ja tempat bakar dia. Udang ni tak tahulah berapa trip budak-budak ni pi ambil dan bakar.

khlong hae seafood price, harga buffet, buffet seafood, masa operasi khlong hae buffet seafood, steamboat sedap di Hat Yai

Anak suka, mak pun happy  ....hehhe

Khlonghae Seafood Buffet ni buka dari jam 3 petang sehinggalah 10.30 malam.  Lama mana nak lepak sini? Ikutlah korang selagi tak puas. Ada macam-macam lagi pilihan makanan daripada pencuci mulut, makanan utama, minuman dan lain-lain lagi.  Tak menyempat akak nak ambil gambar semuanya sebab sibuk melayan perut yang lapar.  

Harga sekepala ? Semasa akak ke sini November 2018 lepas, bayaran untuk dewasa 289 baht seorang manakala kanak-kanak 99 baht seorang. Convertlah ikut nilai mata wang ringgit yer.   Konsep makan sampai puas tapi jangan berbaki, baki tak habis kira lain.  So pandai-pandailah korang memilih.

Berapa bintang? Okay akak bagi 8/10 bintang.

Mencari penginapan berpatutan di Hat Yai, boleh baca The Raise Hotel

Sebelum korang melancong ke luar negara, korang kena semak dulu  kelayakan imigresen. eSemakan sedang memberi pelbagai tutorial tentang aplikasi dan review online. Korang boleh melayari website tersebut untuk mendapat tutorial yang sesuai.

You Might Also Like

10 comments

  1. Seronoknya kak Azi pi Haatyai....

    ReplyDelete
  2. menarik2 makanan dekat sana.. ekin tak pernah lagi jejakkan kaki ke sana.. boleh take note siap2 nihh, heheee

    ReplyDelete
  3. 289 baht tu sama dengan berapa ringgit?

    ReplyDelete
  4. Kalo boleh saya kasih bintang 9 / 10

    ReplyDelete
  5. Wah nasi campur pun ada ya kak.

    Seafood dia segar-segar.

    Syok pergi jalan-jalan. ;)

    ReplyDelete
  6. Mak aiiii udang tu buat terliur pulak 😋😋😋

    ReplyDelete
  7. Seronok makan kat Hat Yai. Macam-macam ada sampai nak pecah perut, haha :D. Tapi yang tempat stimbot ni bestnyaaa. Rambang mata.

    ReplyDelete
  8. Okey, nanti nak bagitahu mak sebab mak nak ke Hatyai 13hb ni.. :)

    ...

    ReplyDelete
  9. ray singgah sini balas kunjungan. sedapnyaaa and best la dpt jenjalan. ray dah lama x jenjalan ni.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Followers

Like us on Facebook