Tips Berjimat Sepanjang Ramadhan

Friday, May 03, 2019

Tips Berjimat Sepanjang Ramadhan


Terdengar tajuk yang sama dbincangkan di radio Sinar pagi ini.  Menarik juga sebab memang setiap tahun ramai yang akan berazam untuk berjimat sepanjang Ramadhan.  Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi sekarang ni.

Tahun ini, Ramadhan kami meriah juga sebab anak-anak hampir semua ada.  Takde lah berbuka dengan en hubby dan dik wan sahaja.  Bila dah ramai di rumah, harap-harap tidaklah terlalu banyak berbelanja.


ramadhan tiba lagi, persiapan menyambut ramadhan, berjimat di bulan puasa


Macamana nak berjimat?


Masak sendiri - ini tips yang paling penting terutama yang ramai ahli berpuasa dalam rumah.  Elakkan membeli di luar. Kalau masak, boleh masak lebih dan simpan untuk sahur.  Biasanya akak gitulah. Masak satu lauk utama yang boleh disimpan sampai sahur.  Family akak memang kebiasaan akan berbuka dengan nasi.  Typical perut anak melayu kan hehehe...

Elakkan kerap berkunjung ke pasar ramadhan - tahun lepas akak tak jejak pun kaki ke pasar ramadhan. Takut rambang mata. Bila perut tengah lapar tengok apapun sedap. Kalau nak singgah juga jangan bawa duit banyak, bawa cukup-cukup untuk beli satu atau dua lauk. Tapi biasanya kalau ke pasar ramadhan cari kuih-kuih untuk berbuka sahaja.

Buat menu awal - en hubby dah pesan awal-awal sediakan menu seminggu.  Hujung minggu siapkan semua bahan. Bulan puasa biasanya akak balik 4.30 petang, memang sempat kalau nak masak dulu.  Sekarang ni tak terkejar-kejar dengan anak-anak sekolah, en hubby dan abang irfan dah boleh membantu uruskan.  Kadang-kadang en hubby yang turun dapur, akak uruskan yang lain.  Kenalah berbagi tugas.

Tiga cara ni ja yang selalu akak praktikkan.  Tidaklah berjimat sangat tapi bolehlah menyimpan sikit-sikit untuk belanja raya. Selamat menyambut Ramadhan yer...

Korang kalau ada cara lain, jomlah share...

You Might Also Like

0 comments

Followers

Like us on Facebook