5 Menu Popular Untuk Berbuka Puasa Dan Bersahur

Monday, May 06, 2019

Masuk bulan puasa mesti kaum hawa terutama ibu-ibu bekerja akan mengalami satu masalah yang sama.  Apa menu berbuka hari ini? Awal ramadhan biasanya tak berapa nak jadi isu tapi bila nak masuk minggu ke dua dan seterus, memang boleh dikatakan hari-hari akan terdengar para ibu berkisah tentang menu berbuka hari ini.  Akak pun lebih kurang macam korang juga. So jom akak nak share menu dan resepi mudah yang popular untuk berbuka puasa.  Bolehlah korang sediakan untuk keluarga tersayang.  Hari-hari kena cuba sediakan juadah berbuka sendiri.

menu berbuka puasa simple, menu popular berbuka puasa, menu popular bersahur, menu bersahur


5 Menu Popular Untuk Berbuka Puasa dan Bersahur


Tak mau share banyak.  Ni yang paling popular sebab senang dan cepat untuk disediakan.  Simple, mudah dan cepat disediakan dan yang paling penting sekali anak-anak berselera nak makan masa bersahur.  Akak bagi resepi sekali untuk korang cuba.  Terima kasihlah pada penyumbang resepi yang `complete' ni, yang tak pandai memasak pun kalau ikut resepi ni, gerenti menjadi.  

Ayam Masak Halia

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak untuk menggoreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. 
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!

DAGING MASAK BLACK PEPPER

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. 
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

SIAKAP 3 RASA

Untuk Ikan:
- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan
Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dibuang biji dan didadu 
kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

So korang macamana...dah ada idea untuk berbuka dan bersahur nanti?

You Might Also Like

2 comments

  1. Daging black pepper 👍
    Bahan-bahan ada dah hehehe

    ReplyDelete

Followers

Like us on Facebook