Melayan Hobi Yang Lama Ditinggalkan

Tuesday, October 09, 2018

Setiap orang ada hobi masing-masingkan.  Kalau takde hobi tu rugi pulak rasanya sebab hobi ni antara tujuannya boleh mengurangkan rasa stress korang. Tak kisahlah apapun hobinya, asalkan korang suka..teruskan saja.

Akak ada beberapa hobi. Antaranya ialah membeli buku dan membaca.  Ralit rasa kalau dapat pegang buku tambah-tambah kalau novel.  Boleh leka dibuatnya.  Sejak beberapa tahun ni, agak dah kurang melayani hobi yang satu ni.  Banyak aktiviti lain yang perlu diberi keutamaan, bila dah malam tak larat dah nak layan mata membaca walaupun geram aje tengok buku-buku yang bersusun minta dibuka.

Secara kebetulan, pesta buku Big Bad Wolf singgah di Pulau Pinang. Akak ada update tentang pesta buku ini.  Tak pernah lagi sampai ke pesta buku BBW ni, biasa dengar meriah dan hebat sambutannya di ibukota. Di Penang pun baru  kali kedua BBW ni singgah.  Alang-alang en suami ada tugas di sebelah pulau maka kami pun sibuk jugalah mengikut.  Kebetulan juga, takde sesi lawatan anak-anak di asrama minggu ni dan kak afiah pun kelas tuitionnya dibatalkan, haaa....macam memberi peluang untuk kami singgah di BBW.

big bad wolf, pesta buku, hobi membaca, koleksi buku terkini
Dah nak balik baru nak bergambar kat sini.  Masa sampai sibuk tak keruan tengok buku. 


Big Bad Wolf Di Penang


Lepas solat makan dan solat maghrib semua barulah kami ke lokasi BBW. Gurney Paragon, namanya tak asing tapi kami sendiri agak asing ke sini. Tak pernah jejak pun lagi kat sini, almaklum lokasi shopping mewah, nak cuci mata pun segan jadinya.  BBW di aras 7. Sesampai kat sini, anak-anak akak dah tak keruan melihat susunan buku-buku yang ada.  Memang niat ke sini untuk mereka, jadi akak takdelah sibuk memilih untuk diri sendiri sangat. 

Orang yang datang mula semakin ramai.  Dah bersesak-sesak dengan masing-masing menolak troli.  Beli buku sampai guna troli korang....so boleh bayangkan harga yang ditawarkan kan. Rugi kalau dah jumpa yang menarik, korang tak ambil peluang. 

big bad wolf, pesta buku, hobi membaca, koleksi buku terkini
Ni baru sikit...ada banyak lagi.


Baru separuh bahagian, akak dah pening tengok orang, tengok buku. Hahaha......mujur bawa 2 orang anak saja...kalau semua ada memang tak terlayan dibuatnya. Budak-budak ni setiap kali pilih buku mesti akan datang pada akak dan tanya...buku ni boleh tak bu? Yang ni boleh tak bu? Selagi tak berjawap selagi tu diunjukkan depan muka. Tambah-tambah si kecil, asal nampak buku yang bergambar menarik sesuai dengan usianya terus nak ambil.  Kenalah buat tapisan on the spot.  Sambil-sambil tu berwhatsap dengan si abang tunjuk gambar buku-buku yang mungkin boleh diguna.  Memang haru jugalah..... mujur ada en suami membantu sama. 

big bad wolf, pesta buku, hobi membaca, koleksi buku terkini

Hasil tangkapan kat sini.  Banyak lagi kalau boleh nak ambil.  Tapi bila fikirkan lokasi nak menyimpan di rumah pun dah semakin kurang, kenalah tahan nafsu juga.

big bad wolf, pesta buku, hobi membaca, koleksi buku terkini
Dapat juga pilih buku untuk abang irfan guna. Untuk amira pun sempat sambar satu.

Memang best bila dapat lunaskan hobi yang satu ni.  Tapi kalau korang berhajat untuk ke BBW ni memang kena set awal-awal tujuan ke sana. Macam akak memang dah set untuk stok anak-anak masa cuti sekolah nanti so memang buat pilihan untuk mereka saja, kalau untuk diri sendiri memang datang sendiri jer baru boleh buat pilihan dengan tenang.

Seronok tengok ada keluarga yang beli sampai 2,3 troli penuh buku pelbagai genre.  Membaca menambah ilmu. Total damage?....hmmmm...boleh tahan jugaklah..hehehe..



You Might Also Like

4 comments

  1. Wah... Harry Potter tu.. Lama mengidam nak beli.. I is jeles.. hahaha..
    Sha tak pernah berjaya jejakkan kaki dekat BBW ini..

    ReplyDelete
  2. Memang best ke tempat buku. Rambang mata dibuatnya

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya.....bestnya kalau dapat pergi bbw ni...macam2 buku ade.murh pun murah kan~~

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook