Festival Makanan Kanak-Kanak Sihat Bersama Ayam Brand

Wednesday, October 10, 2018

Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat

Siapa yang tak kenal dengan jenama Ayam Brand.  Antara jenama yang popular di kalangan kita terutama bila nak menu yang cepat siap tanpa mengenepikan khasiat yang dibekalkan terutama buat kanak-kanak. 


ayam brand, festival food, makanan sihat untuk kanak-kanak, program csr
Bertuah dapat join program ni. Seronok melihatkan keletah anak-anak beraktiviti sesama mereka.


Menyedari pentingnya memastikan makanan anak-anak sihat, pihak Ayam Brand telah menjalankan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dan baru-baru ini 4 buah rumah kebajikan sekitar Pulau Pinang telah dipilih untuk bersama meraikan festival ini.  Dengan penglibatan mereka, jenama ini turut menyumbang produk makanan sihat untuk dua bulan kepada empat buah Rumah Kebajikan ini.


ayam brand, festival food, makanan sihat untuk kanak-kanak, program csr
Anak-anak daripada 4 buah pusat kebajikan yang terpilih turut serta dalam program ini bersama dengan wakil Ayam Brand Mr Nathan Deverre.



Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes .


Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa.  


Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.  


Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya. 



Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif. 



Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak.  



Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah!  



Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Encik Nathan Deverre berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.” 



Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari. 

ayam brand, festival food, makanan sihat untuk kanak-kanak, program csr
Aktiviti Yay or Nay - kanak-kanak belajar mengenalpasti dan membezakan antara makanan sihat atau tidak sihat.


ayam brand, festival food, makanan sihat untuk kanak-kanak, program csr
Crossword  antara aktiviti yang mencabar anak-anak ini.


ayam brand, festival food, makanan sihat untuk kanak-kanak, program csr
Healthy plate - anak-anak meletakkan makanan dalam kumpulan yang betul. 

ayam brand, festival food, makanan sihat untuk kanak-kanak, program csr
DIY - anak-anak cuba menyediakan sendiri nasi lemak tuna selepas diberitahu cara penyediaannya.




Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak. 



Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak. 



Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat. 



“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang  sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata Deverre.



Rumah Permata Kasih, Children’s Protection Society, Persatuan Kebajikan Anak-anak Islam dan Rumah Kebajikan Seri Cahaya dari Pulau Pinang menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.



Menurut wakil dari Children’s Protection Society, Cik Magdeline Leong, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka.  




“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Children’s Protection Society untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti. 

ayam brand, festival food, makanan sihat untuk kanak-kanak, program csr
Yeay!!!! kamilah pemenang keseluruhan aktiviti yang dijalankan.




“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Children’s Protection Society tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Cik Leong.




Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.



Jom tengok serba sedikit kemeriahan yang akak sempat rakamkan di festival ini.





You Might Also Like

2 comments

  1. Bagus aktiviti yang dijalankan ayam brand. Memberi pendedahan awal pada kanak-kanak

    ReplyDelete
  2. Ayam brand ni brand yang sangat popular dari zaman dlu lagi...
    produk² yg dihasilkan semuanya berkualiti dan sedap..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook