Habis dah kisah Fika, shah, husna dan nek pah. Puashati tak dengan endingnya? Bagi akak okaylah, ending yang boleh diterima dan kebanyakan pengikutpun mahukan ending yang macam tu.  Tahniah pada semua pelakon siri ini yang rata-rata memang berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Pemilihan pelakon bukan main tangkap muat.

Selepas JBC ada beberapa lagi drama bersiri yang agak menarik untuk diikuti.  Salah satunya ialah Cinta Koko Coklat. CKC ni juga dilakonkan oleh antara dua pelakon utama JBC iaitu Zahirah MacWilson dan Azizah Mahzan.  Drama ini juga merupakan comeback pelakon Aqasha, salah seorang pelakon yang akak suka juga lakonannya. 





Bersiaran sebanyak 50 episod, Isnin sampai Jumaat jam 8.30 malam di slot GlamaDrama ntv7. Buat pertama kalinya akak mengikuti drama yang disiarkan di NTV7.  


Sinopsis Cinta Koko Coklat


Damia, Pengerusi ‘Rich Chocolate’ terima seorang pelumba kereta yang terpaksa bercuti dari perlumbaan litar akibat krisis kewangan, Haikal sebagai pemandunya setelah Haikal selamatkan Damia dari satu cubaan culik.

Damia turut menggaji rakan baik Haikal, Faizal sebagai pemandu keluarganya setelah adiknya, Darwina pulang dari luar negara. Pergeseran dalam keluarga serta rahsia silam yang disembunyikan oleh ibunya, Puan Sri Soraya membuka ruang untuk pengurus syarikat yang juga teman lelaki Damia, Malik memanipulasi, mengeksploitasi serta mensabotaj Damia dan keluarga arwah Tan Sri Farish. 

Ekoran dari pelbagai krisis dan konflik, hubungan majikan dan pemandu di antara Damia dan Haikal serta adiknya, Darwina dan Faizal bertukar kepada cinta manakala adik bongsu mereka, Danisya bertemu kasih dengan cucu pembantu rumah mereka, Naim. 

Setelah segala pergolakan berakhir, Haikal dan Faizal kembali semula ke medan lumba kereta dan berjaya merangkul gelaran juara.



ost terbaru, zahirah macwilson, drama menarik untuk ditonton


Pada korang yang nak rileks-rileks atau sambil-sambil lipat baju boleh lah layan cerita ni terus di tv.  Korang yang macam akak ni, selalu tertinggal keretapi, boleh tengok secara online kat Cinta Koko Coklat



Lagu tema untuk drama ini bertajuk Sabar nyanyian Ismail Izzani. Jom layan...



Jangan lupa menonton yer !

17 Comments

  1. Replies
    1. sila la tengok..lambat lagi nak habis drama ni

      Delete
  2. lamanya tak tengok Aqasha berlakon

    ReplyDelete
  3. Nasib baik sajak lagi muka Akasyah untuk jadi bujang-bujang. Makin banyak drama-drama baru, pening nak tengok yang mana.

    ReplyDelete
  4. mmg dah lama dia tak berlakon.. comeback di hari tu pun kat gegar vaganza..

    ReplyDelete
  5. saya nak layan Youtube tu..

    tapi sayang dengan data kerana penggunaan data saya biasa 1 GB setiap hari

    ReplyDelete
  6. nnt layan di youtube , kot2 ada lah youtuber yg rajin upload drama ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kot...tak pun tengok kat kepalabergetar aje

      Delete
  7. nnt layan di youtube , kot2 ada lah youtuber yg rajin upload drama ni ...

    ReplyDelete
  8. Minat Aqasha dari zaman Embun lagi, haha, masa tu sekolah rendah, haha.

    ReplyDelete