Aidil Adha dah pun berlalu dan dah ada pun jemaah haji yang dah mula kembali ke Malaysia.  Baru sempat nak update sini serba sedikit.  Sibuk sangat akak ni dan sekarang ni pulak rasa macam malas nak berjaga lewat, awal sebelum jam 11 malam dah tarik selimut.

Kita throwback lah serba sedikit aktiviti akak sekeluarga meraikan Aidil Adha baru-baru ni.  Rasa seronok lebih sebab anak-anak semua ada, cuti sekolah kan, abang irfan pun cuti pertengahan semester.  

Makna Aidil Adha Pada Anda


Apa makna Aidil Adha pada korang? Rata-rata akak tengok meraikan Aidil Adha tak semeriah meraikan Aidil Fitri.  Dari segi persiapan dan sebagainya.  Sepatutnya kita raikan juga Aidil Adha ni sebab  ianya mengingatkan pelbagai peristiwa yang berlaku untuk umat Islam.  Jangan lah sampai pagi raya pun sama macam hari-hari biasa.

Pada akak walaupun Aidil Adha tidak semeriah Aidil Fitri tapi kami sekeluarga tetap menyediakan juadah istimewa dan menyiapkan rumah serba sedikit supaya kelihatan lebih kemas dari biasa.  Kerah anak-anak semua membantu supaya mereka juga nanti akan ingat untuk meraikan Aidil Adha.


Persiapan Ringkas Menyambut Aidil Adha


Tahun ni kami meraikan di rumah sendiri aje. Semangat tu lebih sikit.  Walaupun masih bekerja sehari sebelum hari raya, akak dan en hubby dah susun apa yang perlu dibuat supaya taklah rasa penat sangat nanti.  Sebelum sibuk dengan aktiviti memasak,  hubby dan anak-anak dah uruskan bersih kawasan luar rumah mana yang sempat.  Teranglah sikit nampak rumah bila rumput dah pendek.  

Petangnya barulah kami keluar cari bahan nak masak rendang daging dan kari ayam. Yang bestnya kali ni en hubby carikan daun kelapa untuk dianyam menjadi ketupat nasi.  Dah lama sungguh akak tak anyam sarung ketupat, biasa rebus yang segera aje. Masa ni teringat kat arwah mak bila setiap kali menjelang hari raya, kami akan sama-sama lumba anyam ketupat siapa dapat banyak.  Anak-anak sibuk nak belajar tapi cepat sangat give up bila tak jadi.  Takpe nanti kita belajar lagi.

aktiviti keluarga, sambutan perayaan bersama keluarga, raya
Mujur masih berseni nak buat ketupat ni.  Diam tak diam hampir 70 biji juga akak anyam sorang-sorang.  Separuh kami makan di rumah dan sebahagian lagi kami bawa ke rumah kakak.
Akak tahu anyam jenis yang ni saja. 


En Hubby ambil tugas memasak rendang daging dan kari ayam.  Biasalah mr chef kan ! Tak banyak pun, cukup untuk kami sekeluarga.  Meriah bila buat kerja sama-sama, nampak banyak tapi bila masing-masing dah menghulur tangan membantu cepat saja siapnya.  

aktiviti keluarga, sambutan perayaan bersama keluarga, raya
Kari ayam sedap.  Bila masak dengan kasih sayang memang semuanya rasa sedap.Ha..ha..ha..
Terima kasih lah en hubby dan anak-anak turut sama membantu kalau harap akak sorang memang kelam kabutlah jadinya.



Ketupatpun kami rebus dalam pressure cooker saja.  Buat yang tanya berapa lama nak rebus, akak setkan 1 jam setengah saja. Elok kejadiannya. Tak payah tunggu lama-lama atas dapur. Masuk pressure cooker, setkan dan biarkan masak. Lepas tu boleh lah korang buat kerja lain.

Persiapan serba ringkas tapi seronok !

Tahun ni pun Aidil Adha sempat kami menziarah kedua-dua keluarga. Since MIL ada di Putrajaya maka singgahlah kami kat Putrajaya dan terus ke Melaka meraikan kenduri perkahwinan anak saudara. Hmmm...tak lagi bertambahlah cucu saudara akak ni.

aktiviti keluarga, sambutan perayaan bersama keluarga, raya
Sebahagian daripada keluarga akak.  Nipun anak-anak saudara dan cucu-cucu je kebanyakannya.  Dah besar panjang semuanya, mak sedara depa ni menten lagi ..hehehhe...


Cuti panjang pun tak terasa bila penuh dengan aktiviti. Lepas ni kumpul balik tabung ayam untuk aktiviti yang lain pulak....

2 Comments

  1. Zumal rasa nikmat raya bila pi beraya rumah pak lang je, rumah sendiri tak ada apa2 pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ramai-ramai baru terasa kemeriahannya.

      Delete