Roti Omelette - Sarapan Mudah Untuk Anak-Anak Cergas Bertenaga
Sebagai seorang ibu bekerjaya, akak sentiasa cuba memberi bekalan sebaiknya untuk anak sebelum mereka ke sekolah. Anak-anak akak biasanya jarang mengambil sarapan awal pagi, tapi akan makan pada waktu rehat sekolah. Waktu rehat yang singkat dan untuk mengelakkan anak-anak makan apa yang sempat, akak pastikan untuk anak-anak bawa bekalan setiap hari.
Bukan mudah nak fikirkan menu mudah untuk mereka, tapi sis cuba ! Bila dah hari-hari kita buat, takde alasan dah kata tak sempat atau tak cukup masa kecuali tiba-tiba terlewat terjaga. Menjadi rutin akak setiap hari, sebelum tidur malamnya akak scan dulu apa yang ada kat rumah yang boleh akak adunkan supaya menjadi bekalan anak-anak esoknya. Psttt...bukan anak sahaja, ibu pun tumpang sekali !
Ini bekal pagi Isnin : Roti Omelette
Nama akak bagi sendiri. Bahan-bahan mudah dicari.
Roti
Telur
Bawang besar
Tomato
Capsicum/cili hijau/cili merah
Sosej
Cheese
Cara nak sediakan Roti Omelette
Korang tengok gambar ni, akak dah susun ikut stepnya.

1. Potongkan kecil sosej, cili, tomato, bawang besar. Banyak mana? Ikut suka korang .
2. Pecahkan 2 biji telur atau lebih dan kacau dengan sedikit garam.
3. Panaskan dan goreng tanpa minyak bahan-bahan yang korang potong tadi.
4. Untuk roti. Korang potong macam yang akak tunjuk dalam gambar.
5. Letakkan potongan roti yang berbentuk bingkai tu atas pan. Api jangan terlalu kuat.
6. Taburkan bahan-bahan potongan tadi sedikit, taburkan rata dalam bingkai.
7. Curahkan telur separas roti.
8. Letakkan cheese dan tutupkan bahagia atasnya dengan potongan roti yang besar pula. (tengok gambar)
9. Korang balik-balikkanlah agar kedua-dua bahagian masak sama rata. Ada yang suka bahagian dalam cair, ada yang suka sebaliknya.
Ni bekalan yang dah siap. Tiga bekas untuk adik, kakak dan ibu.
Bahagian dalam roti. Makan dua keping macam ni dah kenyang sampai tengahari.
Mudahkan. Cubalah, mesti anak-anak suka !
4 Comments
yang simple macam ni yang sedap sangat tu. time sek rendah bawak bekal gak. tapi makin besar xdak da hehehe..
ReplyDeletehehe...setakat ni anak akak yang menengah tu pun dok tumpang bawa bekal jugak.
DeleteWah, makin lapar jadinya...
ReplyDeletesilalah buat...kejap je ni siapnya
Delete