Pengalaman Pertama Naik ETS

Friday, March 02, 2018

Orang berkisah tentang ETS dah lama dah.  Akak baru nak naik. Nampak sangat ketinggalan dah.  Tak per biar lambat asal dapat jugak merasa pengalamannya.

Bila kena pergi training di HQ memang rasa malas sangat nak pergi. Tambah-tambah bila pergi sorang-sorang dan kena bermalam pulak.  Tapi dek tuntutan kerja, kena jugaklah. Bila nak outstation benda pertama nak kena fikir ialah urusan anak-anak sepanjang mak takde.  Bukan en hubby tak boleh uruskan tapi dah memang mak-mak kan mesti nak aturkan jugak anak- anak dahulu.

Biasanya akak akan naik flight pagi-pagi hari saja tapi kali ni disebabkan ada urusan perlu diselesaikan akak pilih pengangkutan darat je la.  Nak drive sendiri rasa malas pulak. Akhirnya naik bas aje ke Kuala Lumpur dan balik dengan ETS.  ETS ni merupakan kali pertama akak terjah walaupun dan berkali-kali plan dengan anak-anak.  Takpe lah mak naik dulu la yer.

Pengalaman Pertama Naik ETS


Tak nak lah nampak macam jakun dapat benda baru.  Biasa-biasa aje.  Secara kebetulan ada kawan yang meeting sama-sama nak balik Ipoh naik sekali tren yang sama cuma gerabak berbeza. Masa tunggu tren sampai, kepala pun jadi pusing sebab tengok orang ramai-ramai di KL Sentral.  Agaknya bila musim cuti perayaan mesti lagi padatkan.


pengalaman pertama, ETS, pengangkutan awam, pengakutan awam di KL sentral


Satu perkara yang akak tak teringat ialah pemilihan tempat duduk.  Dalam tren ada tempat duduk yang mengikut arah perjalanan dan ada juga yang sebaliknya. Sebelum naik memang doa bebanyak dapat tempat duduk forward iaitu ikut arah perjalanan, kalau sebaliknya, dah terbayang dah mesti kepala pusing nanti. Alhamdulillah dapat forward seat.

pengalaman pertama, ETS, pengangkutan awam, pengakutan awam di KL sentral
Kelajuan tren pada ketika itu.  

Ada dua jenis ETS yang korang boleh pilih iaitu platinum atau golden.  Apa beza antara keduanya? Harga tiket dah semestinyalah.  Kalau daripada KL sentral ke Butterworth kalau korang beli tiket tren paltinum harganya ialah RM79 (dewasa) manakala kalau tren golden dalam RM58 kalau tak silap akak.  Ada kawan yang tanya tren dia rupa lain-lain ke? Haaa...ni sah sama spesis akak la jakun ETS.  Untuk korang yang tak pernah naik ETS lagi samada platinum atau golden, tren dia sama aje.  Antara lain bezanya selain harga, ialah masa perjalanan.  Tren platinum lebih cepat sampai (kalau ikut perjalanan akak) sebab kurang stesen perhentian.  Dalam tren pun ada dibekalkan dengan sekotak Train Snack.

pengalaman pertama, ETS, pengangkutan awam, pengakutan awam di KL sentral

pengalaman pertama, ETS, pengangkutan awam, pengakutan awam di KL sentral
kacang, biskut oat dan air mineral. 


Perjalanan akak hari tu memang smooth ja walaupun hari hujan agak lebat.Lepas ni bolehlah consider untuk guna ETS ja kalau perlu menghadirkan diri kat HQ.  Kalau dengan family rasanya lebih baik naik kenderaan sendiri sebab kosnya lebih kurang saja. Anak-anak ajak juga ni bila tengok mak naik ETS sorang-sorang.  Nantilah boleh plan trip yang dekat-dekat, tak la tinggi sangat kosnya. Haha...sekarang ni memang kena budget betul-betul jangan sampai terlebih belanja.

You Might Also Like

4 comments

  1. mama pun x penah l naik ets. nak cuba nanti blan 9. bole order tiket obnline kan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah saya dah pernah naik
    hehehe

    ReplyDelete
  3. kite pun x pernah lagi naik ETS..rasa teringin plakkk..hehehe

    ReplyDelete
  4. Best naik ETS ni selain cepat sampai, Insha Allah lebih selamat...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook