KEUNIKAN BANDARAYA KUALA LUMPUR YANG PERLU ANDA TEROKAI

Friday, November 17, 2017

Musim persekolahan 2017 telah menghampiri ke penghujungnya.   Tak lama lagi bermulalah cuti sekolah panjang.  Bagi ibubapa yang bekerja, masa inilah yang digunakan untuk merancang percutian keluarga.  Tak kiralah samada dekat atau jauh pasti ada perancangan yang telah diatur untuk bersama-sama meluangkan masa bersama keluarga tersayang.


Kalau korang masih takde idea hendak ke mana apa kata korang bercuti di kotaraya  Kuala Lumpur Malaysia.   Siapa yang tidak kenal Kuala Lumpur. Merupakan pusat bandar terpenting di Malaysia. Nama Kuala Lumpur dikatakan berasal daripada pertembungan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang. Persimpangan antara pertembungan sungai inilah lahirnya Kuala Lumpur Malaysia.



kuala lumpur, jalan-jalan kuala lumpur, holidays, uniknya kuala lumpur, traveloka
Gambar google



Kuala Lumpur sekarang ini sangat jauh berbeza dan dipenuhi dengan pelbagai bangunan pencakar langit yang meriah dengan rekabentuk dan daya tarikan yang tersendiri.  Hub utama Kuala Lumpur Malaysia ialah di kawasan Bukit Bintang, KLCC dan Chinatown yang juga dikenali sebagai `The Goldern Triangle’.  Di sinilah pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan dan selalu menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negara.  

Bangunan-bangunan tinggi yang hebat seperti Petronas Twin Tower adalah antara mercu tanda yang menaikkan lagi nama Kuala Lumpur.  Bukan itu sahaja, kemeriahan malam di Jalan Petaling dan Jalan Tunku Abdul Rahman sentiada menjadi tarikan pengunjung.


Kepesatan kegiatan ekonomi di sini menghasilkan kewujudan shopping mall hebat seperti Pavilion dan Suria KLCC yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah.  Barang-barang jualan di sini setanding dengan barangan daripada luar negara.  


Tempat Menarik Wajip Singgah Di Kuala Lumpur

Kalau nak cerita tentang tempat menarik di Kuala Lumpur memang banyak.  Kena cuti panjang jadinya.  Akak kongsikan beberapa lokasi Kuala Lumpur Malaysia yang korang wajip singgah kalau ke sini.


Menara Berkembar Petronas 


Merupakan mercu tanda yang paling ikonik untuk Kuala Lumpur.  Juga dipanggil sebagai Twin Jewels Kuala Lumpur Malaysia.  Kunjungan anda ke Kuala Lumpur pasti tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke sini.  Menara ini ada 88 tingkat di mana pada tingkat ke 41 dan 42 terdapat penghubung jalan Sky Bridge sepanjang 58 meter yang menghubungkan antara dua menara berkembar ini.



kuala lumpur, jalan-jalan kuala lumpur, holidays, uniknya kuala lumpur, traveloka
Gambar google


 Menara Menara KL 


 Terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas, Menara KL setinggi  421m, merupakan menara kelima tertinggi  di dunia.  Perletakannya tidak jauh daripada Menara  Berkembar Petronas.  Pengunjung akan dapat melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur Malaysia yang sangat menarik dari sini. Selain itu terdapat juga pelbagai aktiviti di sekitar kawasan Menara KL yang ditawarkan kepada pengunjung.


Chinatown / Petaling Street 


Ala-ala pasar malam.  Chinatown atau Petaling Street ini memang terkenal sebagai salah satu tempat yang perlu dikunjungi.  Di sini pelbagai tempat jualan dengan pelbagai jenis barangan dijual dengan harga berpatutan. Selain itu, di sini juga boleh kita lihat budaya, warisan dan sejarah oriental. Tak salah kita katakan ianya adalah antara tempat pelancongan popular di Malaysia.  Mewakili latar belakang pelbagai bangsa dan bahasa di  Malaysia dengan sempurna, anda boleh mencari pelbagai jenis barangan di sini. 


Aquaria KLCC 


Sekiranya anda pencinta hidupan laut dan anda juga punyai anak-anak yang suka meneroka perkara baru, Aquaria KLCC adalah antara tempat yang anda perlu kunjungi.  Di sini, ditempatkan lebih daripada 150 spesies kehidupan marin dengan keluasan kawasan 464 515 meter persegi.  Memang akan terleka dengan keindahan alam marin dan hidupan yang ada di situ.  Kalau ke sana pastikan anda isi perut kenyang-kenyang sebab memang akan luangkan masa yang agak lama melihat hidupan-hidupan marin tersebut. 


Central Market


Penggemar barangan antik dan barangan seni pasti tidak boleh lepaskan peluang singgah di Central Market.  Tempat yang mengumpulkan pelbagai hasil seni menarik ini telah dibina pada tahun 1928 dan daripada asalnya merupakan pasar basah telah dibangunkan menjadi pusat kraftangan.  Memang macam-macam hasil seni ada di sini dan kalau bernasib baik boleh juga bertemu dengan karyawan seni  dan melihat sendiri hasil tangan mereka.

kuala lumpur, jalan-jalan kuala lumpur, holidays, uniknya kuala lumpur, traveloka
Credit to www.alamy.com

Malam di Kuala Lumpur

Sebagai ibukota yang pesat membangun, malam di Kuala Lumpur Malaysia juga menghidangkan suasana menarik untuk berehat dan bersantai dengan keluarga selepas makan malam.  Sambil berehat anda boleh menikmati alunan air pancut di KLCC.  Memang menarik di samping tempat-tempat rehat yang lain yang boleh dikunjungi bersama keluarga. 



kuala lumpur, jalan-jalan kuala lumpur, holidays, uniknya kuala lumpur, traveloka
 Gambar google

Lokasi Membeli Belah Menarik Di Kuala Lumpur



Bila berkunjung ke sesuatu tempat mesti tidak lengkap kalau tidak singgah ke tempat-tempat membeli belah yang ada.  Antara lokasi menarik yang boleh dikunjungi oleh kaki-kaki shopping di Kuala Lumpur Malaysia ialah :

1. Pavillion Kuala Lumpur Shopping Mall – terletak di kawasan Bukit Bintang
2. Mid Valley Mega Mall di Bangsar
3. Berjaya Time Square


kuala lumpur, jalan-jalan kuala lumpur, holidays, uniknya kuala lumpur, traveloka
Gambar google


Anda pasti tak cukup masa berada di sini sebab banyak tempat menarik yang boleh anda singgah membeli belah.  Pastikan poket berisi untuk membeli cenderahati kenang-kenangan Kuala Lumpur.



Penginapan Menarik Menanti Anda Di Kuala Lumpur

Berjalan di  Kuala Lumpur, tidak akan cukup masa kalau tidak bermalam.  Banyak lokasi dan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan dan sebaiknya pilihan bermalam adalah terbaik untuk berehat mengumpul tenaga untuk aktiviti keesokannya.   Terdapat banyak pilihan hotel yang boleh anda pilih.  Akak cadangkan anda pilih hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat yang anda ingin kunjungi.  Selain daripada menjimatkan masa anda juga boleh berjalan kaki sahaja sambil menikmati suasana indah di Kuala Lumpur Malaysia.

Antara hotel-hotel yang boleh anda pilih sebagai tempat bermalam ialah :


Grand Hyatt Kuala Lumpur – berada di kawasan Golden Triangle, hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur menawarkan penginapan yang selesa. Pelbagai kemudahan disediakan seperti 24 hours fitness center dengan pemantauan personal trainer.  Setelah penat berjalan pastinya bermanja-manja di SPA serta bermandi wap dan jacuzzi menjadi pilihan untuk menghilangkan keletihan.


kuala lumpur, jalan-jalan kuala lumpur, holidays, uniknya kuala lumpur, traveloka
Gambar google



The Majestic Hotel Kuala Lumpur – terdiri daripada dua buah bangunan , Tower Wing dan majestic Wing, hotel ini terletak di lokasi yang menjadi tumpuan ramai. Mempunyai lanskap yang menarik pengaruh daripada zaman penjajahan semasa perang dunia dahulu.  Bagi yang suka pada lanskap dan keunikan interior, The Majestic Hotel Kuala Lumpur patut menjadi pilihan.



Capri By Fraser Kuala Lumpur -  Bagi yang bercadang untuk menginap lama atau membawa keluarga, bolehlah memilih Capri By Fraser Kuala Lumpur sebagai tempat bermalam.  Merupakan bangunan 33 tingkat yang dilengkapkan dengan pilihan bilik studio dan apartment. Kemudahan dapur yang disediakan juga membolehkan anda menyediakan hidangan ringkas untuk keluarga.  Capri by Fraser Kuala Lumpur terletak di Bangsar turut mempunyai pelbagai kemudahan menarik untuk tetamunya.



kuala lumpur, jalan-jalan kuala lumpur, holidays, uniknya kuala lumpur, traveloka
Gambar google


Selain daripada yang dinyatakan ini, ada banyak lagi pilihan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian masing-masing.  Yang pasti kunjungan anda ke Kuala Lumpur  Malaysia pasti akan meninggalkan kenangan menarik  untuk anda sekeluarga. 

Korang boleh juga kunjungi https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia untuk dapatkan lebih banyak info tentang tempat menarik di Kuala Lumpur Malaysia.

You Might Also Like

21 comments

  1. Lagi satu, Chow Kit Road dan Jalan TAR serta Masjid India. Itu pun kena pergi juga tu.

    ReplyDelete
  2. 24-26.11 ni akak berkursus di kl,.. malam je free.. tak puas rasanya nak jejalan kat kl.. seronok berganda2...

    ReplyDelete
  3. kami suka jalan2 kl.. banyak tempat menarik boleh pergi.. tak puas berjalan rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, Kl banyak tempat best. Jangan lupa singgah di Dataran Merdeka juga, sekarang ada Expo NegaraKu. Masuk percuma. Pastu boleh lajak ke KL galeri

      Delete
  4. Dah lama tak menikmati malam di kotaraya Kuala Lumpur, melepak di Dataran Merdeka, pasar malam Jalan TAR dan macam-macam lagi

    ReplyDelete
  5. Jangan lupa Jalan Alor, Kompleks Kraf dan juga Sungei Wang. Hehe

    ReplyDelete
  6. Chinatown kat Petaling street ngan Blue River kena pi gak kak azi...nanti nak pi Dataran waktu malam la..x pernah lepak situ waktu malam

    ReplyDelete
  7. Wah banyak tempat menarik kat KL yang Marsha belum sampai. Nt boleh terjah ikut sharing akak 😘

    ReplyDelete
  8. Sekali sekala bercuti di KL best jugak kan . Dah lama kaki ni tak jejak kl .mesti dah banyak perubahan

    ReplyDelete
  9. Diri sendiri pun masih belum.pergi Menara KL. Hehe. Memang banyak tempat menarik di KL ni

    ReplyDelete
  10. Orang yang berpuluh tahun duduk KL pun kadang-kadang tak tahu tempat-tempat menarik ni wujud kelakarkan heheheh sibuk nak pergi luar negara...

    ReplyDelete
  11. lama dah tak masuk KL ni..24hrs sesak je manjang hehe.. betul, banyak tempat menarik kat KL ni..

    ReplyDelete
  12. Bestnya menikmati panorama malam di Kuala Lumpur. Dalam banyak-banyak tempat kat KL tu jalan TAR yang best dan jadi tumpuan. Tempat shopping tu

    ReplyDelete
  13. Kuala lumpur memang banyak tempat menarik...sis pun masih belum keseluruhan meneroka tempat2 yg menarik kat kl ni

    ReplyDelete
  14. Memang cadang nak bawak anak jalan kat kl cuti sek ni.. Bagus perkongsian camni.. Mmg sgt membantu.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  15. semua ni yang famous one je. lain kali buat another post, the hidden gem in KL ok! haha

    ReplyDelete
  16. walaupun ddk dekat dengan KL tp xabes meronda lg..hehe

    ReplyDelete
  17. Nama je duduk area KL tapi tak habis teroka KL lagi huhuhu jammed yg tak tahan tu haha

    ReplyDelete
  18. Central market is a place I'll love to visit, it's been so long since I've been there.

    ReplyDelete
  19. Banyak rupanya tempat menarik kat KL tapi sy kurang minat nak tinggal kat KL kalau berjalan mungkin best

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook