KEUNIKAN BANDARAYA KUALA LUMPUR YANG PERLU ANDA TEROKAI
Musim persekolahan 2017 telah menghampiri ke penghujungnya. Tak lama lagi bermulalah cuti sekolah panjang. Bagi ibubapa yang bekerja, masa inilah yang digunakan untuk merancang percutian keluarga. Tak kiralah samada dekat atau jauh pasti ada perancangan yang telah diatur untuk bersama-sama meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Kalau korang masih takde idea hendak ke mana apa kata korang bercuti di kotaraya Kuala Lumpur Malaysia. Siapa yang tidak kenal Kuala Lumpur. Merupakan pusat bandar terpenting di Malaysia. Nama Kuala Lumpur dikatakan berasal daripada pertembungan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang. Persimpangan antara pertembungan sungai inilah lahirnya Kuala Lumpur Malaysia.
Gambar google
Kuala Lumpur sekarang ini sangat jauh berbeza dan dipenuhi dengan pelbagai bangunan pencakar langit yang meriah dengan rekabentuk dan daya tarikan yang tersendiri. Hub utama Kuala Lumpur Malaysia ialah di kawasan Bukit Bintang, KLCC dan Chinatown yang juga dikenali sebagai `The Goldern Triangle’. Di sinilah pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan dan selalu menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negara.
Bangunan-bangunan tinggi yang hebat seperti Petronas Twin Tower adalah antara mercu tanda yang menaikkan lagi nama Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, kemeriahan malam di Jalan Petaling dan Jalan Tunku Abdul Rahman sentiada menjadi tarikan pengunjung.
Kepesatan kegiatan ekonomi di sini menghasilkan kewujudan shopping mall hebat seperti Pavilion dan Suria KLCC yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah. Barang-barang jualan di sini setanding dengan barangan daripada luar negara.
Tempat Menarik Wajip Singgah Di Kuala Lumpur
Kalau nak cerita tentang tempat menarik di Kuala Lumpur memang banyak. Kena cuti panjang jadinya. Akak kongsikan beberapa lokasi Kuala Lumpur Malaysia yang korang wajip singgah kalau ke sini.
Menara Berkembar Petronas
Merupakan mercu tanda yang paling ikonik untuk Kuala Lumpur. Juga dipanggil sebagai Twin Jewels Kuala Lumpur Malaysia. Kunjungan anda ke Kuala Lumpur pasti tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke sini. Menara ini ada 88 tingkat di mana pada tingkat ke 41 dan 42 terdapat penghubung jalan Sky Bridge sepanjang 58 meter yang menghubungkan antara dua menara berkembar ini.
Gambar google
Menara Menara KL
Terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas, Menara KL setinggi 421m, merupakan menara kelima tertinggi di dunia. Perletakannya tidak jauh daripada Menara Berkembar Petronas. Pengunjung akan dapat melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur Malaysia yang sangat menarik dari sini. Selain itu terdapat juga pelbagai aktiviti di sekitar kawasan Menara KL yang ditawarkan kepada pengunjung.
Chinatown / Petaling Street
Ala-ala pasar malam. Chinatown atau Petaling Street ini memang terkenal sebagai salah satu tempat yang perlu dikunjungi. Di sini pelbagai tempat jualan dengan pelbagai jenis barangan dijual dengan harga berpatutan. Selain itu, di sini juga boleh kita lihat budaya, warisan dan sejarah oriental. Tak salah kita katakan ianya adalah antara tempat pelancongan popular di Malaysia. Mewakili latar belakang pelbagai bangsa dan bahasa di Malaysia dengan sempurna, anda boleh mencari pelbagai jenis barangan di sini.
Aquaria KLCC
Sekiranya anda pencinta hidupan laut dan anda juga punyai anak-anak yang suka meneroka perkara baru, Aquaria KLCC adalah antara tempat yang anda perlu kunjungi. Di sini, ditempatkan lebih daripada 150 spesies kehidupan marin dengan keluasan kawasan 464 515 meter persegi. Memang akan terleka dengan keindahan alam marin dan hidupan yang ada di situ. Kalau ke sana pastikan anda isi perut kenyang-kenyang sebab memang akan luangkan masa yang agak lama melihat hidupan-hidupan marin tersebut.
Central Market
Penggemar barangan antik dan barangan seni pasti tidak boleh lepaskan peluang singgah di Central Market. Tempat yang mengumpulkan pelbagai hasil seni menarik ini telah dibina pada tahun 1928 dan daripada asalnya merupakan pasar basah telah dibangunkan menjadi pusat kraftangan. Memang macam-macam hasil seni ada di sini dan kalau bernasib baik boleh juga bertemu dengan karyawan seni dan melihat sendiri hasil tangan mereka.
Credit to www.alamy.com
Malam di Kuala Lumpur
Sebagai ibukota yang pesat membangun, malam di Kuala Lumpur Malaysia juga menghidangkan suasana menarik untuk berehat dan bersantai dengan keluarga selepas makan malam. Sambil berehat anda boleh menikmati alunan air pancut di KLCC. Memang menarik di samping tempat-tempat rehat yang lain yang boleh dikunjungi bersama keluarga.
Gambar google
Lokasi Membeli Belah Menarik Di Kuala Lumpur
Bila berkunjung ke sesuatu tempat mesti tidak lengkap kalau tidak singgah ke tempat-tempat membeli belah yang ada. Antara lokasi menarik yang boleh dikunjungi oleh kaki-kaki shopping di Kuala Lumpur Malaysia ialah :
1. Pavillion Kuala Lumpur Shopping Mall – terletak di kawasan Bukit Bintang
2. Mid Valley Mega Mall di Bangsar
3. Berjaya Time Square
Gambar google
Anda pasti tak cukup masa berada di sini sebab banyak tempat menarik yang boleh anda singgah membeli belah. Pastikan poket berisi untuk membeli cenderahati kenang-kenangan Kuala Lumpur.
Penginapan Menarik Menanti Anda Di Kuala Lumpur
Berjalan di Kuala Lumpur, tidak akan cukup masa kalau tidak bermalam. Banyak lokasi dan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan dan sebaiknya pilihan bermalam adalah terbaik untuk berehat mengumpul tenaga untuk aktiviti keesokannya. Terdapat banyak pilihan hotel yang boleh anda pilih. Akak cadangkan anda pilih hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat yang anda ingin kunjungi. Selain daripada menjimatkan masa anda juga boleh berjalan kaki sahaja sambil menikmati suasana indah di Kuala Lumpur Malaysia.
Antara hotel-hotel yang boleh anda pilih sebagai tempat bermalam ialah :
Grand Hyatt Kuala Lumpur – berada di kawasan Golden Triangle, hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur menawarkan penginapan yang selesa. Pelbagai kemudahan disediakan seperti 24 hours fitness center dengan pemantauan personal trainer. Setelah penat berjalan pastinya bermanja-manja di SPA serta bermandi wap dan jacuzzi menjadi pilihan untuk menghilangkan keletihan.
Gambar google
The Majestic Hotel Kuala Lumpur – terdiri daripada dua buah bangunan , Tower Wing dan majestic Wing, hotel ini terletak di lokasi yang menjadi tumpuan ramai. Mempunyai lanskap yang menarik pengaruh daripada zaman penjajahan semasa perang dunia dahulu. Bagi yang suka pada lanskap dan keunikan interior, The Majestic Hotel Kuala Lumpur patut menjadi pilihan.
Capri By Fraser Kuala Lumpur - Bagi yang bercadang untuk menginap lama atau membawa keluarga, bolehlah memilih Capri By Fraser Kuala Lumpur sebagai tempat bermalam. Merupakan bangunan 33 tingkat yang dilengkapkan dengan pilihan bilik studio dan apartment. Kemudahan dapur yang disediakan juga membolehkan anda menyediakan hidangan ringkas untuk keluarga. Capri by Fraser Kuala Lumpur terletak di Bangsar turut mempunyai pelbagai kemudahan menarik untuk tetamunya.
Gambar google
Selain daripada yang dinyatakan ini, ada banyak lagi pilihan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian masing-masing. Yang pasti kunjungan anda ke Kuala Lumpur Malaysia pasti akan meninggalkan kenangan menarik untuk anda sekeluarga.
Korang boleh juga kunjungi https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia untuk dapatkan lebih banyak info tentang tempat menarik di Kuala Lumpur Malaysia.
21 Comments
rindunya dgn kl! huhu..
ReplyDeleteLagi satu, Chow Kit Road dan Jalan TAR serta Masjid India. Itu pun kena pergi juga tu.
ReplyDelete24-26.11 ni akak berkursus di kl,.. malam je free.. tak puas rasanya nak jejalan kat kl.. seronok berganda2...
ReplyDeletekami suka jalan2 kl.. banyak tempat menarik boleh pergi.. tak puas berjalan rasanya..
ReplyDeleteSetuju, Kl banyak tempat best. Jangan lupa singgah di Dataran Merdeka juga, sekarang ada Expo NegaraKu. Masuk percuma. Pastu boleh lajak ke KL galeri
DeleteDah lama tak menikmati malam di kotaraya Kuala Lumpur, melepak di Dataran Merdeka, pasar malam Jalan TAR dan macam-macam lagi
ReplyDeleteJangan lupa Jalan Alor, Kompleks Kraf dan juga Sungei Wang. Hehe
ReplyDeleteChinatown kat Petaling street ngan Blue River kena pi gak kak azi...nanti nak pi Dataran waktu malam la..x pernah lepak situ waktu malam
ReplyDeleteWah banyak tempat menarik kat KL yang Marsha belum sampai. Nt boleh terjah ikut sharing akak 😘
ReplyDeleteSekali sekala bercuti di KL best jugak kan . Dah lama kaki ni tak jejak kl .mesti dah banyak perubahan
ReplyDeleteDiri sendiri pun masih belum.pergi Menara KL. Hehe. Memang banyak tempat menarik di KL ni
ReplyDeleteOrang yang berpuluh tahun duduk KL pun kadang-kadang tak tahu tempat-tempat menarik ni wujud kelakarkan heheheh sibuk nak pergi luar negara...
ReplyDeletelama dah tak masuk KL ni..24hrs sesak je manjang hehe.. betul, banyak tempat menarik kat KL ni..
ReplyDeleteBestnya menikmati panorama malam di Kuala Lumpur. Dalam banyak-banyak tempat kat KL tu jalan TAR yang best dan jadi tumpuan. Tempat shopping tu
ReplyDeleteKuala lumpur memang banyak tempat menarik...sis pun masih belum keseluruhan meneroka tempat2 yg menarik kat kl ni
ReplyDeleteMemang cadang nak bawak anak jalan kat kl cuti sek ni.. Bagus perkongsian camni.. Mmg sgt membantu.. Thanks for sharing..
ReplyDeletesemua ni yang famous one je. lain kali buat another post, the hidden gem in KL ok! haha
ReplyDeletewalaupun ddk dekat dengan KL tp xabes meronda lg..hehe
ReplyDeleteNama je duduk area KL tapi tak habis teroka KL lagi huhuhu jammed yg tak tahan tu haha
ReplyDeleteCentral market is a place I'll love to visit, it's been so long since I've been there.
ReplyDeleteBanyak rupanya tempat menarik kat KL tapi sy kurang minat nak tinggal kat KL kalau berjalan mungkin best
ReplyDelete