Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Monday, October 23, 2017

Sekarang ni cuaca di utara ni agak sangat panas. Tempat korang macamana ?  Buat kerja rumah sikit pun peluh dah meleleh-leleh.  Rasa sangat puas bila dapat duduk dalam bilik berhawa dingin.  Memang bertambah-tambahlah bil letrik akak bulan ini.  

Sepanjang cuti sekolah ni memang sehari berkali-kali budak-budak ni mandi.  Akak sendiri pun bila ada kat rumah rasa tak selesa badan lepas buat kerja rumah, mesti nak mandi jugak.  Bila cuaca panas macam ni kenalah hati-hati supaya tidak sampai dijangkit penyakit pula nanti.

Tips Kekal Sihat Musim Panas

Akak share dengan korang tips yang boleh korang amalkan supaya badan tetap kekal sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.  Antara yang patut korang pastikan ialah:

1. Pakai topi atau payung ketika berada di luar rumah.
2. Pastikan korang banyak minum air kosong.  Tambah-tambah kalau korang rajin 
    bersenam. Pastikan air mencukupi.
3.  Pakai pakaian yang ringan, berwarna cerah dan mudah menyerap peluh.
4. Gunakan kipas atau pendingin hawa supaya badan berasa sejuk.  Takperlah bil letrik 
    lebih daripada biasa demi untuk kesihatan kita.
5. Jangan duduk dalam kenderaan bertutup tanpa penghawa dingin.  Kalau ada anak 
    kecil, jangan sekali-kali tinggalkan mereka dalam kereta bertutup di tengah panas.
6. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar rumah.
7. Kurangkan pengambilan air manis dan bercafein.


tips musim panas, jaga kesihatan,cuaca panas dan berbahang, tips sihat

Khidmat nasihat ini di bawa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Tak pasti berapa lama lagi cuaca begini akan berterusan. Tapi biasanya menjelang hujung tahun musim tengkujuh akan muncul pula.  Patutlah ramai kawan-kawan akak yang cuti-cuti oversea tempat sejuk.  Tak kira di mana kita berada, harap korang jaga kesihatan dengan baik terutama yang ada anak-anak kecil.

You Might Also Like

19 comments

  1. terima kasih atas tipsnya. kena kurangkan minum air manis hehe.

    ReplyDelete
  2. memang panas.
    memang tak lalu nak keluar rumah..
    kena petang2 baru keluar kan.

    ReplyDelete
  3. Memang teruk cuaca sekarang nie. Boleh berubah sekelip mata dan itu yang menyebabkan ramai jatuh sakit. Sekarang Rawlins memang akan bawa bekal air ke mana-mana.

    ReplyDelete
  4. Sama la kak azi..panas menyengat..minum air bergelen2 dh..tetap panas..

    ReplyDelete
  5. Btul...da lama tak hujan kt penang ni...
    2x jemur kain pun boleh kering musim pnas ni..pgi jemur tgh hr angkat..tgh hr jemur ptg angkat..
    Punya la pnas kan

    ReplyDelete
  6. Masalah sekarang ni pasang kipas makin laju makin rasa panas dalam rumah tu tak faham tapi memang betul panas melampau sekarang ni tak tentu pasal jer tiba2 tu tanda nak banjir lah tu tak lama lagi..

    ReplyDelete
  7. Tiba-tiba panas pula hujung-hujung tahun ni, biasanya musim hujan. Memang perlu minum lebih air dan pilih aktiviti indoor berbanding outdoor.

    ReplyDelete
  8. Thanks for the tips. Memang panas betul cuaca sekarang. Nak keluar rumah pon malas.

    ReplyDelete
  9. Sis banyak duduk rumah..tapi bahang panas tu sampai jugak dalam rumah walaupun beraircon. La ni demam n sakit tekak dah..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Salam isnin sis Azi

    semoga minggu ini semua urusan lancar

    amin

    Memang panas cuaca sekarang ni

    Kalau naik motor memang terasa sangat

    ReplyDelete
  11. Memang kena tips kak azi ni. Terima kasih kak. Sini pun panas juga. Dah pasang kipas pun masih terasa bahangnya. Allah moga cepatla semua ni berlalu

    ReplyDelete
  12. Duduk rumah pun dah terasa bahangnya sekarang nie... dah la rumah xde aircond hahahah

    ReplyDelete
  13. Ha'ah mmg panas sangat..kebetulan air cond rumah saya rosak, tak repair lagi..fuhhh..bertabah tidur dlm keadaan panas..pasang 2 kipas pun, tak berapa nak rasa sejuk...

    ReplyDelete
  14. Fuhh.. Minum air tu memang penting.. Risau nanti dehidrasi pula.. Mungkin kena kurangkan aktiviti luar kan

    ReplyDelete
  15. Tips berguna ni. Memang cuasa skrg panas sangat. Aircond pun sometime x rasa sejuk.

    ReplyDelete
  16. memang panas sejak menjak ni..kena banyakkan minum air masak supaya badan tak terhidrate..

    ReplyDelete
  17. Terima kasih share tips kak azi..mmg kena banyak minum air masa cuaca panas ni utk elakkan dehydrated...

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah hari ni dah mula hujan..mgu lepas panas betul cuaca kan

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook