Tutorial Masukkan Google Maps Dalam Entry

Thursday, September 14, 2017

Ada kawan-kawan yang bertanya macamana nak masukkan google maps dalam entry.  Jom akak sharekan sedikit ilmu, moga berguna untuk semua.  Akak pun belajar daripada kawan-kawan juga.

Cara Masukkan Google Maps 

Google maps ni sangat berguna  kalau korang update entry tentang tempat-tempat menarik yang korang kunjungi.  Berguna juga untuk berkongsi lokasi tempat makan yang korang rasa patut dicuba oleh kawan-kawan lain.  Caranya mudah sahaja.

1) Tentukan lokasi yang korang nak kongsikan.  Contohnya akak nak cari Ilyana cafe . Bila dah dapat macam dalam gambar ni korang klik kat share.


google maps insert, kongsi google maps dalam entry blog, google maps


2) Bila klik share dia akan keluar notification begini. Ada dua pilihan, Share Link dan Embed Map.  Klik pada Embed Map.


google maps insert, kongsi google maps dalam entry blog, google maps


3) Nanti akan keluar kod seperti di bawah. Copy code ini.

google maps insert, kongsi google maps dalam entry blog, google maps


4) Di page entry korang, selepas korang karang entry, korang pilih HTML dan paste kan kod tadi di bahagian mana yang korang nak letakkan.  Akak biasanya akan letak di bahagian akhir entry. Lepas tu cuba preview tengok keluar tak maps tadi.

google maps insert, kongsi google maps dalam entry blog, google maps


Haaa...dah keluar kat sini.



Mudahkan.  Lepas ni bolehlah korang share maps lokasi yang korang pergi.  Senang nanti kalau ada kawan-kawan nak cuba review jugak.


You Might Also Like

10 comments

  1. Tutorial yang begus.
    Insya Allah saya akan gunakan bila perlu nanti.

    Thanks for the tutorial!

    ReplyDelete
  2. Tq sharing boleh guna nanti.. Terlupa sokmo cara dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan selalu terlupa, letak sini mudah sikit nak rujuk

      Delete
  3. Wahhhh nice sharing...bagus ni utk tambah dalam entri food review...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat berguna utk food review dan travel

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook