Terjebak Dengan Titian Cinta

Monday, September 25, 2017

Biasanya mengelak untuk menonton drama bersiri lewat petang sebab tak mau terjebak.  Tapi minggu lepas akak terjebak juga dengan drama Titian Cinta di TV3.  Dah 'bercuti', sambil-sambil lipat kain memang dok depan tv lah.  Bila dah follow satu episod, tengok pulak lagi esoknya. Tak puashati, cari balik episod-episod yang terlepas....hahahaha...ambik kau!

Titian Cinta Slot Akasia TV3

Drama Titian Cinta ini siarannya di TV3 dalam slot Akasia, setiap hari Isnin sampai Khamis bermula jam 7pm.  Pelakon utamanya yang akak familiar adalah Zul Ariffin, watak wanita akak tak kenal.  Pelakon pembantu adalah juga beberapa orang yang dah memang biasa seperti Dian P. Ramlee, Arash Mohamad dan beberapa orang lagi.  Titian Cinta ini juga adalah merupakan drama adaptasi daripada novel. 


Titian cinta, slot akasia tv3, drama bersiri menarik

Sinopsis Titian Cinta

Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

*kredit pada kbergetar

Week end baru ni disebabkan cuti tak ke mana, sambil-sambil rehat tu gigih cari novel Titian Cinta online.  Dapat baca daripada bab 1 - 25, yang lain kena tunggu. Cerita ni ada kelainan sikit daripada cerita cinta yang lain. 


Berminat nak baca novel online boleh baca kat sini NOVEL TITIAN CINTA ONLINE
Nak tengok siri drama online, boleh jengok kat sini    DRAMA ONLINE

Dah baca novel online, tak sabar pulak nak tunggu pengakhirnya, ada 28 episod tau, lambat lagi nak habis.


You Might Also Like

8 comments

  1. Sama la malas nak layan drama yang episod2 ni..stress nk tunggu episod seterusnya..tambah2 yg penuh dengan emosi macam titian cinta ni..haritu ada jugak tertengok tapi cpt2 tukar..tak nak terjebak punya pasal..tapiii tertengok sedutan pulak kat ig.argggh..sudah..macam nak tertarik je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....saya cover tengok online punyer version....

      Delete
  2. Ana memang elak terus kak. Takut ketagih nanti. Hehe. Selalunya kalau rasa tak leh tinggal rekod je dulu semua episod baru layan kemudian. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa cuti2 solat hari tu layan la juga...sekarang ni...kena tengok online je

      Delete
  3. Jalan cerita best. Dok dengar jgak review kata best. Tapi takut nak tengok haha. Takut terjebak. Hari2 banyak kerja lain nak buat. Drama pukul 7 TV3 pun lama dah tinggal. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok online aje..boleh tengok laju2

      Delete
  4. tgk juga...jahat btul sofia...sian aisy..haris pn mengong juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram kat sofia, MIL nya ..berjaya dia orang bawa watak tu

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook