Tamat Sudah Perjuangan UPSR 2017

Thursday, September 14, 2017

Selesai dah perjuangan UPSR 2017 untuk Amira dan kawan-kawannya.  Sedih suka semua rasa ada dari hari Isnin sampailah tadi.  Biasalah tu ...namapun peperiksaan.  Lepas ni bolehlah layan semula aktiviti-aktiviti yang dah ditinggalkan sebelum ni.

Betul ke soalan UPSR susah?

Dari tahun lepas lagi, batch pertama yang menjalani peperiksaan berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau suka disebut sebagai KBAT mengatakan agak susah.  Bila tanya pada pelajar-pelajar harapan mana-mana sekolah pun sebegitu juga jawapannya.  Semalam bila en hubby bagitau soalan kertas 2 matematik sangat-sangat mencabar anak-anak ni, macam-macam rasa pulak yang keluar.  Tak pernah salahkan anak-anak mahupun guru-guru.  Semua dah berusaha untuk dapat yang terbaik.  Tapi kesian pada anak-anak yang dah berusaha ni, ada yang menangis, hampir menangis dan macam-macam lagi bila tak dapat jawap soalan dengan baik.  Tanya pada amira, begitu juga jawapannya.  

Akak tak pernah tanya banyak. Cukup dengan satu soalan?...Ok ke exam tadi? Terpulang pada anak-anak nak jawap atau tidak.  Kalau mereka rasa nak berkongsi mereka sendiri yang akan bercerita.  Hasilnya, petang semalam, hasil kerastangan mencurahkan rasa stress.  Cantik jugak kan!


Tamat Sudah Perjuangan UPSR 2017


Untuk anak-anak yang baru selesai menjalani peperiksaan UPSR, perjalanan masih panjang lagi. Korang kena kuat dan terus bersemangat jiwa dan minda.  Sekarang ni masa untuk rileks dulu.

Selesai sorang, ada dua lagi nak berperang.

You Might Also Like

4 comments

  1. InsyaAllah mudah-mudahan kejayaan milik mereka ye kak.

    ReplyDelete
  2. tu la ada anak saudara upsr dia pun kata soalan matematik kertas 2 susah sangat.. ada tak boleh jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah ..apapun yang mereka dapat itulah yang terbaik buat mereka

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook