Sup Campur-campur Mudah Disediakan

Monday, September 25, 2017

Kadang-kadang ada masanya tak tahu nak masak apa kan.  Kalau cuti lama memang selalunya gitulah.  Anak-anak biasanya akan follow je citarasa akak tapi en hubby ada masakan tertentu yang dia kurang berminat sikit.  So kalau semua ada kat ruma kenalah ambil port selera semua orang.

Sup Campur-campur

Senangkan , masuk macam-macam bagi jelah nama sup campur-campur.  Tengok dalam peti ais ada lebihan tauhu dan sayur-sayur lebih en hubby buat catering hari sebelumnya.  Akak pun teringin pulak nak makan sup aje, maka jadilah sup campur-campur.  Nak bagi resepi pun segan pulak, mudah je nak buat.  


sup campur, sayur-sayuran, menu diet, resepi mudah



Bahan-bahan 

2 ketul tauhu - potong 6
1/2 batang karot - hiris bulat
semangkuk kecil kobis bunga - potongkan
sedikit daun sup
suun - rendam
1 biji kentang - potong 6
4-5 ekor udang (hirisan ayam/sotong/daging - pun boleh)
bawang putih dan merah untuk tumisan (kisar dulu yer)

Ni untuk 2-3 orang makan. Kalau korang rajin nak meratah, buatlah lebih. Masuk je apa yang korang rasa nak masuk.

Tumis bawang bagi naik bau.  Biasanya sebelum masuk air, akak suka masukkan dulu kentang dengan bahan tumisan. Masukkan juga udang. Dah kacau rata barulah akak masukkan air.  Bila air dah mendidih, masukkan lah karot, tauhu , biarkan sampai kentang empuk. Kemudian baru masukkan sayuran lain dan suun yang dah rendam tadi.  Akhir sekali barulah taburkan daun sup.  Jangan lupa masukkan garam dan rasalah.  

Semangkuk akak ratah begitu saja tanpa nasi.  Kenyang sampai ke petang.  Bolehlah cuba bagi sesiapa yang nak kurangkan atau taknak makan nasi.

You Might Also Like

4 comments

  1. Banyakkk tauhu..Sedapnya..tauhu memang fav saya...Sesuai untuk orang diet ni..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum selamat pagi sis azi

    pagi ni ramai blogger update resepi makanan

    kemain lagi semua orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila mood rajin..boleh lah share resepi resepi mudah

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook