Selamat Pengantin Baru Nazri Dan Shafikah

Wednesday, September 06, 2017

Bila cuti sekolah macam biasa, penuh dengan jemputan kenduri kahwin sana sini.  Awal cuti sekolah yang baru lepas ni, akak terima 4 jemputan kenduri dalam satu hari.  Kami dapat penuhi 2 jemputan sahaja memandangkan anak-anak masih terikat dengan kelas tambahan persediaan peperiksaan.  Takpe lah penuhi jemputan yang tak jauh, yang jauh kenalah wakilkan pada adik beradik yang lain.

Selamat Pengantin Baru

Selepas singgah kenduri yang pertama berhampiran dengan rumah, kami terus ke rumah paksu en hubby di Parit Buntar. Kiranya kenduri sepupu en hubby.  Kenduri sekarang guna catering sahaja jadi tak banyak yang boleh dibantu.  Semuanya dah disiapkan.  Kami sampaipun dah agak lewat.  Memandangkan kawan-kawan sepupu hubby ni ramai yang datang dari jauh, kenduripun dilanjutkan masa sedikit.   Kenduri di sini berbeza sedikit masanya dengan kenduri di sebelah Kedah.  Kalau di Kedah kenduri sampailah ke petang tapi di sini dalam jam 3 petang dah hampir selesai. Pihak caterer pun dah mula mengemas kecuali atas permintaan tuan rumah untuk lanjutkan sedikit masa.  

Selamat Pengantin Baru Nazri Dan Shafikah

Selamat Pengantin Baru !!

Selamat Pengantin Baru Nazri Dan Shafikah

Hantaran daripada pihak perempuan.  Simple dan cantik.


Selamat Pengantin Baru Nazri Dan Shafikah

Memang takde pelamin, cukuplah tempat untuk sesi fotografo ni.  Simple dan menarik. 

Selamat Pengantin Baru Nazri Dan Shafikah

Bukan pengantin saja yang sibuk ambil gambar, kami pun tumpang sekali terutama si kecil ni. Seronok dia dapat posing kat tempat pengantin.
Selamat Pengantin Baru Nazri Dan Shafikah


Pasangan pengantin baru. Sama padan dan sama cantik.  Selamat Pengantin Baru kami ucapkan, moga kekal hingga ke hujung nyawa.  Sambil tengok pengantin posing sambil suap nasi ke mulut.  Bila nampak ada lokasi fotografi kosong, maka cepat-cepatkan kami mengisi ruang. Dapatlah juga bergambar kenangan. Lepas ni tunggu giliran anak sapa lah pulak.....



You Might Also Like

4 comments

  1. pelamin tu pun dah cantik walaupun simple je

    ReplyDelete
  2. Pelamin/photo booth skrg semua simple2 je kak tp menarik dan cantik. Kadang tu dah tak perlu tempah pelamin dr butik pengantin sebab boleh DIY je. Janji kreatif.

    ReplyDelete
  3. Sama cantik Dan Padan pengantinnya tu

    ReplyDelete
  4. Cantik pelamin pengantin. Selamat pengantin baru kpd dua mempelai

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook