Mango Ahli Baru Di Rumah Kami

Sunday, September 24, 2017

Ahli Baru

Dalam tak mau pun sempat lagi kami menambah ahli baru kat rumah.  Siapa dia? Haha...korang jangan fikir ke lain. Minggu lepas en hubby bawak balik sekor lagi anak kucing ke rumah. Kalau ikutkan memang akak tak nak dah tambah bilangan kucing yang sediaada kat rumah ni tapi bila tengokkan muka dia yang cute comel tu..huhu terus kata oklah takpe sekor je lagi. Itu lah ahli baru kat rumah kami, dzakwan panggil Mango.  Mango pun mango lah, janji jangan buat onar.

Sebelum ni memang dah ada pelihara sekor tapi disebabkan rajin sangat memancut sana sini maka tak bagi dahlah masuk dalam rumah. Bila dah dok kat luar rumah tu faham-faham je la, merayau tak ingat balik rumah.  Sekarang ni seminggu sekalipun susah nak nampak kat rumah ni. Hubby kata kucing jantan, biasalah pergi tanda kawasan. 

Minggu lepas hubby bawa balik pulak si Mango ni. Katanya ambil di kedai makan. Bezanya yang ni, agak lincah dan pandai bawa diri.  Tak suka keluar rumah dan pandai membuang kat dalam bekas pasirnya.  Salah satu tarikan untuk akak bagi kebenaran terus tinggal kat rumah ni.


saya suka kucing, kucing comel, binatang peliharaan, pets


Nilah dia si Mango. Kecil, lincah dan kuat makan.

saya suka kucing, kucing comel, binatang peliharaan, pets


Rajin-rajin mandi barulah bulu cantik dan nampak cergas.


saya suka kucing, kucing comel, binatang peliharaan, pets


Suka sangat tidur tepi orang. Asal orang tidur dia pun tidur jugak.  Memang tabiat kucing macam tu yer?

Yang ni tak tahu nak bertahan berapa lama.  Kalau elok perangai, bolehlah lama menghuni di sini.  Kalau terlebih nakal, tak lamalah yer..


You Might Also Like

6 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook