Dah Lama Tak Makan Asam Pedas Keladi

Thursday, September 07, 2017

Asam Pedas Melaka

Kalau dah orang Melaka, memang tak boleh dipisahkan dengan masakan asam pedas melaka.  Apa istimewanya asam pedas melaka ni? Sebagai anak melaka, akak memang suka sangat makan asam pedas, tak kiralah guna ikan, daging ataupun sayur keladi.  Memang boleh teringat-ingat. 

Hujung minggu lepas, en hubby bawa balik seikat keladi sayur untuk keluarga. Memang sedia maklum akak ni memang suka makan sayur keladi.  Dulu masa di kampung, sayur keladi ni tanam sendiri je. Kat kampung hubby pun dulu ada en hubby tanam tapi sebab selalu takde orang yang menjengok rumah kampung, pokok-pokok keladi ni mati. Sekarang ni kalau nak makan kenalah beli.  Akak walaupun suka makan tapi tak reti nak beli sendiri takut terkenal yang gatal bila dimasak.

Sayur keladi ni yang paling berselera makan bila dimasak lemak, asam pedas tumis atau asam pedas rebus.  Masakan lain selain daripada 3 jenis ni memang akak tak pernah buat.
Tambah selera nak masak bila balik kerja, en hubby dah siap bersihkan sayur keladi ni, cuma tinggal si isteri nak masakkan je lagi.  Jangan buang masa, segeralah tunaikan tanggungjawap.


Dah Lama Tak Makan Asam Pedas Keladi, asam pedas melaka, asam pedas keladi, sayur keladi masak asam pedas


Kalau dulu memang anak-anak pun tak tahu makan. Sekarang ni, kalau masak tak boleh sedikit sebab nanti ada yang tak sempat makan sayur ubinya.  Bahagian batang, si ayah sahaja yang suka habiskan.


Dah Lama Tak Makan Asam Pedas Keladi, asam pedas melaka, asam pedas keladi, sayur keladi masak asam pedas

Dah


Pada korang yang belum pernah cuba masak asam pedas tumis sayur keladi korang bolehlah cuba.  Sayur keladi tu selepas bersih, korang rebus sekejap sampai ubinya agak-agak empuk dan nak buang air gatalnya juga. Tumisan sama seperti masakan asam pedas ikan. Bezanya untuk asam pedas sayur keladi ni, kuahnya korang kena cairkan sedikit sebab nanti bila ubinya lembut, kuah akan jadi sedikit pekat.

Hmmm.....nanti boleh cuba masak lemak pula.

You Might Also Like

4 comments

  1. kekna suka asam pedas masak asam rebus

    ReplyDelete
  2. wahh sedapnyer asam pedas melaka tuuu., ;p

    ReplyDelete
  3. sedap ni...klau mak buat, mmg meratah la..

    ReplyDelete
  4. SA pun suka asam pedas keladi, dapat plak makan ngan ikan masin goreng..eh kaka azi kat mana nak beli ikan masin sepat kecik2 yang kak azi tayang dalam entry terbaru tu..terbekenan plak SA...sedapnya goreng garing2...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook