Selesai Dua Subjek

Tuesday, August 01, 2017

Bila anak nak exam, mak yang susah hati.  Bukanlah susah hati sangat tapi biasalah mak mak ni, risau terlebih.  Masuk yang ni anak kedua ambil exam PT3. Si abang dok asrama jadi kebanyakan masa menyediakan kertas kerja sejarah dan geografi memang antara dia dan cikgu-cikgu.  Tapi untuk kakak ni, memang mak nampak perkembangan tugasan yang dibuat.  Kadang-kadang dah rasa macam buat kertas kerja masa akak form 6 dulu pulak.


kertas kerja pt3, peperiksaan pt3, geografi, pembentangan
Siap dahhhhhh.......



Tak pe lah dah selesai pun dua subjek.  Yang sejarah dah siap pembentangan semua, tunggu pembentangan untuk subjek geografi pulak.  Bagus jugaklah secara tak langsung boleh built up confident level budak-budak ni buat presentation exam.  Nampaklah bersungguh-sungguh membuat persediaan. Akak pesan satu ja, mana subjek yang korang rasa boleh score janganlah disia-siakan peluang yang ada.

kertas kerja pt3, peperiksaan pt3, geografi, pembentangan

Inilah kawasan pilihan kakak untuk projek geografi.  Agak-agak kalau boleh dibangunkan, boleh guna tak idea kakak tu? 


Lepas ni nak kena pulun untuk subjek exam bertulis pulak.  tak lama lagi trial. Si adik baru selesai trial upsr.  Si abang minggu depan mula trial SPM.  Lepas tu baru si kakak trial PT3 pulak.  Kalau tiga-tiga ada kat rumah mau semua tv, handphone kena tutup dan simpan dalam peti besi.

Bila dah semakin dekat exam, seronok pulak tengok masing-masing berlawan antara satu sama lain.  Walaupun exam lain-lain tapi suasana bertanding tu nampak walaupun tidaklah terlalu ketara.  Persaingan sihat dalam mencapai kejayaan.  Korang percaya pada diri sendiri, percaya pada kemampuan sendiri..usaha lah semampunya, yang lain tu kerja Allah.

Sementara anak-anak pulun belajar, mak ayah nak kena isi tabung lebih sikit. Mana tau ada rezeki belajar di tempat yang lebih baik.  Silalah menabung yer....


You Might Also Like

14 comments

  1. Beza ye subjek skrg dgn zaman ana dulu. Skrg silibus sek men lebih krg mcm di U. Bagus utk mendedahan anak2.
    Semoga berjaya buat anak2 akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....tu la jenuh nak bagi faham kita pun

      Delete
  2. Goodluck kakak exam bertulis nanti. Semoga cemerlang. Amin ;)

    ReplyDelete
  3. all the best semoga berjaya kakak

    ReplyDelete
  4. Gud luck kakak...semoga berjaya dengan cemerlang =)

    ReplyDelete
  5. selalu mcm tu kan! Anaknya buat xtau aje...maknya pula yg selalu resah...hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak mak memang gitu..dulu kini dan selamanya..hehe

      Delete
  6. hehe teringat zaman kena siapkan folio geografi. seronoknyaa time tu. skarang ni dunia advance tula semua pun nak makin canggih. persediaan menyediakan anak2 menempuh cabaran dunia sebenar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh tu....masa akak dulu exam semua A..B..C..tu pun tak score jugak.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook