Aktiviti Berbasikal Di Bandar Hilir Melaka

Wednesday, August 02, 2017

Cerita lontar belakang.

Kejadian masa cuti raya dulu baru sekarang nak letak sini.  Asalkan boleh bagi info, akak share juga untuk korang. Mana tahu nanti korang nak buat aktivti yang sama.

Berbasikal Bersama Keluarga

Dah lama sebenarnya teringin nak naik basikal yang boleh kayuh berdua atau bertiga.  Rasa macam best je.  Masalahnya setiap kali nampak basikal tu tak cukup corum pulak.  Masa cuti raya hari tu secara kebetulan kami bermalam di EQ Hotel.  Daripada tingkap bilik dapat tengok bersusun basikal kat bawah.  Tapi yang tu naik sorang-sorang.  Petang-petang ronda-ronda ternampaklah deretan basikal kayuh berdua tu di hadapan muzium-muzium yang terdapat di Bandar Hilir tu.  Anak-anak semua dah booking masa dengan ayah nak naik basikal. Okaylah esok sebelum balik kita naik basikal.


tempat pelancongan di melaka,aktiviti berbasikal, berbasikal ronda melaka, bandar hilir, aktiviti di bandar hilir
Teruja sebelum mengayuh. Bila melayan anak-anak yang suka bergambar.


Dengan sewa tak sampai RM40, kami dapat guna 3 buah basikal kayuh berdua selama 1 jam.  Tak ingat pulak akak rate sewa satu basikal.  Ohh!!! Tercapai jugak hasrat mak ni nak naik basikal bersiar-siar di Melaka.  Dah lama tak buat kerja ni dikkk oiiii! Semua teruja.


tempat pelancongan di melaka,aktiviti berbasikal, berbasikal ronda melaka, bandar hilir, aktiviti di bandar hilir
Layan  wefie dulu sebelum berpeluh-peluh mengayuh basikal.  Yang selalu kena tinggal tu akak ler. Lepas tu barulah diaorang ni bagi basikal yang akak kayuh di tengah-tengah .

Masing-masing cari pasangan. Akak dah tentu ambil yang ringan, senang nak kayuh.  Adik Wan akak bagi berpasangan dengan en hubby, mudah sikit nak kawal.  Maka berkayuh la kami daripada Dataran Pahlawan sampailah ke Jonker Walk lepas tu pusing sampai ke area kedai asam pedas claypot dan patah balik ke tempat asal. Cukup 1 jam kami gunakan.  


tempat pelancongan di melaka,aktiviti berbasikal, berbasikal ronda melaka, bandar hilir, aktiviti di bandar hilir
Di tepi hotel Casa Del Rio.  Seronok mengayuh kat sini, betul-betul tepi sungai boleh nampak orang naik bot. Sungai ni pun walaupun airnya taklah jernih tapi bersih daripada sampah sarap.


tempat pelancongan di melaka,aktiviti berbasikal, berbasikal ronda melaka, bandar hilir, aktiviti di bandar hilir
Berehat dulu.  Memang penat. Pakaian masing-masing bukanlah pakaian riadah sebab dah memang siap check out nak balik Kulim dah pun. Nak lepas hajat, nanti teringat-ingat pulak nak mengayuh basikal.


Seronoknya berbasikal di kawasan pelancong, korang boleh je menyelit minta laluan, mesti kenderaan lain akan bagi laluan.  Berpeluh-peluh kau mengayuh basikal dalam cuaca yang tak berapa panas tapi berbahang.  

Brother yang jaga basikal ni bagitau nanti akan ada lagi tarikan menarik di Bandar Hilir untuk pelancong.  Okaylah tu, nanti bila balik kampung lagi kita tengok apa lagi yang menarik.

Kalau korang bercuti kat Melaka, janganlah lepaskan peluang beraktiviti macam kami ni.  Seronok tau !



You Might Also Like

10 comments

  1. seronok jg macam nii..ok..dh ade idea nak buli suami Sha lagi..lama xbuli dia..hihih...salam singgah dr AFB...Shalimar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila....sila...jangan terlebih buli hehe

      Delete
  2. u know i pun mmg teringin nak berbasikal. tapi masalah slip disc i yg buat jadi tak takin nak buat balik.. tapi ingat nnt nak cuba2 lah. i like yr activity ni.. seronok ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok kak yan...dah lama tak berbasikal...tambah seronok bila dengan family.

      Delete
  3. best betul cuti di melaka...dah lama tak ke melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh plan dah tu arz..bawa cik puteri

      Delete
  4. lama sangat dah CT tak pergi Melaka. last pegi like years ago. itupun tak ingat pergi mana time tu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. its time to go back...dah banyak perubahan dah

      Delete
  5. Seronoknya berbasikal

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook