Kemeriahan Pasar Malam Yang Semakin Lesu

Monday, July 31, 2017

Hari Jumaat petang biasanya akak akan spend time tunggu anak habis kelas kumon.  Jumaat masa balik pejabat awal setengah jam daripada biasa. Secara kebetulan pula, tempat menunggu adalah berhampiran dengan kawasan pasar malam.  Dapatlah akak luangkan masa ronda-ronda sambil tengok apa yang menarik di pasar malam.



pasar malam, macam-macam ada di pasar malam, pasar malam terkenal, jalan-jalan pasar malam

Masa sampai ni lebih kurang jam 630 petang.  Peniaga masih ada yang baru siap-siapkan tempat berniaga.  Orang pun tak ramai lagi.  Kebanyakannya singgah dalam perjalanan balik daripada tempat kerja.



Pasar Malam - Pasar Gesel

Eh! Ni bukan akak cakap yer. Masa kecil-kecil dulu, selalu dengar orang kata nak pergi pasar gesel. Masa tu, pengunjung pasar malam memang ramai. Tambah-tambah bila menjelang hari dapat gaji.  Meriah tengok orang membeli.  Bila dah ramai, memang bergesel jugaklah bahu bila ada antara pengunjung yang sibuk memilih barang jualan. Macam-macam kan nama diberi!  Jangan sampai ada yang ambil kesempatan pulak.



pasar malam, macam-macam ada di pasar malam, pasar malam terkenal, jalan-jalan pasar malam

Ikan nak kena pandai cari penjual.  Ada yang jual memang ikan yang segar. Ada yang jual harga murah.  Pilihlah yang mana berkenan dan sesuai dengan budget.

pasar malam, macam-macam ada di pasar malam, pasar malam terkenal, jalan-jalan pasar malam

pasar malam, macam-macam ada di pasar malam, pasar malam terkenal, jalan-jalan pasar malam

Terdapat lambakan buah-buahan daripada negera jiran juga.  Kalau akak memang tak berapa pasti yang mana tempatan dan yang mana dari negara jiran.  Biasanya buah-buahan daripada negera jiran dijual sedikit murah daripada tempatan.  



Apa Yang Menarik Di Pasar Malam

Di pasar malam memang ada terdapat pelbagai jenis barangan jualan.  Tidak kira, pakaian, makanan dan minuman, ikan dan sayur-sayuran dan pelbagai lagi barangan kegunaan rumah.  Kalau sesekali pergi memang seronok meronda sambil melihat barangan jualan.  

Satu ketika pernah barangan jualan di pasar malam ni lebih murah harganya berbanding di kedai-kedai. Tapi sekarang ni, boleh dikatakan harga hampir sama. Mungkin ada sesetengah barangan keperluan yang murah sedikit berbanding dengan pasaran luar.


pasar malam, macam-macam ada di pasar malam, pasar malam terkenal, jalan-jalan pasar malam

Pakaian, tudung dan pelbagai barangan aksesori wanita juga ada dijual.  Kalau rajin membelek mesti ada yang terbekenan.  Biasanya kat bahagian ni akak jalan laju-laju untuk mengelakkan pengeluaran tunai yang tidak dirancang.


Apa yang menarik untuk akak di pasar malam ialah bila melalui  bahagian jualan ikan dan sayur-sayuran. Pelbagai cara digunakan oleh penjual untuk menarik minat pembeli.  Nak beli, kena pandai memilih. Jangan tersalah pilih pula. 

Selain itu, barang makanan yang sedia dimasak juga ada pelbagai pilihan. Nasi, sup, mee goreng, murtabak, kuih muih dan macam-macam lagi ada dijual. Pendek kata, kalau tak mau masak di rumah boleh saja beli makanan di sini.  Kalau berkunjung ke pasar malam, akak akan cari penjual yang sama yang memang akak dah tahu hasil masakannya. Tapi jarang juga sebenarnya membeli makanan siap.


Apa yang akak beli pada kunjungan ke pasar malam kali ni?

Oleh kerana stok bahan basah kat rumah dah habis, kenalah restok bekalan masakan untuk beberapa hari.  Berbekalkan budget RM50 akak dapat beli seekor ayam dengan harga RM17, tiga ekor sotong besar RM19 buah bidara RM9, pisang nangka RM5.50. Haaa.....empat barang sahaja. 


pasar malam, macam-macam ada di pasar malam, pasar malam terkenal, jalan-jalan pasar malam

Pisang nangka ni akak nak buat serawa pisang dan sebahagiannya akak buat cekodok pisang.  Sepinggan habis dibalun anak beranak. 



pasar malam, macam-macam ada di pasar malam, pasar malam terkenal, jalan-jalan pasar malam

Buah bidara ni sekilo RM13 tapi akak beli RM9 sahaja, tak sampai sekilo.  Sebelum ni tak tahu makan buah bidara ni tapi sekali cuba teringin pulak nak lagi. En hubby suruh ambil gambar masuk kat blog sebab katanya bukan semua orang kenal dengan buah bidara ni. Saiznya ada yang kecil, yang besar-besar ni sedikit tawar tapi kalau menyicah dengan kicap gula cili....sedap weiii!!!

Apa yang akak nampak, kemeriahan pasar malam dah semakin berkurangan sekarang dari jumlah pengunjungnya.  Mungkin dah ada banyak pilihan yang boleh kita pilih untuk memberi barang keperluan harian.  Kini pun dah ada pasaraya yang beroperasi awal dan lebih masa bagi memberi ruang pada pengunjung datang.

Walau bagaimanapun, seronok sebenarnya melihat pelbagai penjual dengan pelbagai gelagat ketika berniaga.  Sekali sekala cuba luangkan masa ke pasar malam.  Mesti tempat korang pun ada pasar malam yang menarikkan? 




You Might Also Like

10 comments

  1. Sha suka beli lauk basah dekat pasar malam.. Kadang murah sikit dari pasar basah biasa..sini susah nak jumpa buah bidara.. Selalu sha beli mangga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun rajin jugak beli lauk basah kat pasar malam tapi sekarang ni harga boleh tahan jugak tingginya....

      Delete
  2. ana setiap khamis wajib e pasar malam kak. beli benda yang sama je pun setiap minggu. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...selalunya beli benda yang sama je..dan penjual yang sama

      Delete
  3. pasar gesel..hehe, saya pun lebih suka pi pasar malam ketika masih siang..petang2, terang mata nak tengok barang.

    ReplyDelete
  4. Pasar gesel..hahaha....saya tak pernah dengad lagi panggilan tu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kecik kecik orang kampung kak panggil pasar gesel...macam-macam kan

      Delete
  5. Replies
    1. yummy..tapi yang ni tawar sikit so kurang best!

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook