Telur Masin Hasil Ternakan Sendiri

Monday, June 05, 2017

Ingat tak hari tu akak update tentang anak itik tok wi yang kami pelihara di rumah?  Anak-anak itik tu sebenarnya dah besar dah pun dan ada yang dah hadam jadi hidangan kami sekeluarga.  Ibu itik pun dah mula mengeram semula. Cepat tau itik-itk ni membiak.

Yang akak suka bila en hubby kata , kita kutip ajelah telur itik ni buat telur masin.  Dengan segera arahan diberi pada anak-anak.  Teringat dulu masa di sekolah rendah, arwah mak memang ada pelihara itu untuk tujuan kutip telur dan dijual samada telur biasa atau jadi telur masin.

Teringatkan pengalaman lama, akak pun ajarlah anak-anak bagaimana nak buat telur masin cara arwah mak akak dulu.  Mudah je. Dulu arwah mak rendamkan telur-telur itik yang dikumpul ke dalam balang kaca tapi disebabkan kat rumah takde balang kaca, akak guna bekas tupperware aje.


telur masin, telur itik, sedapnya makan telur masin



Masukkan air dalam bekas tadi dan masukkan garam kasar agak-agak dalam sesudu sebab telurnya tidaklah banyak mana.  Lepas garam larut, sebelum telur direndam, akak tulis dulu tarikh rendaman.  Tujuannya adalah untuk agak-agak nanti bila boleh keluarkan untuk direbut.  Macamlah banyak sangat kan! 


telur masin, telur itik, sedapnya makan telur masin


Dah masuk dalam bekas bertutup, tunggulah agak-agak dalam seminggu cubalah rebus.  Mudah sangat caranya. Anak-anak pun suka makan telur masin jadi taklah rasa rugi membuatnya. Kalau malas, masak aje telur masak lemak cili pasti....

You Might Also Like

3 comments

  1. Mudah je nak membuatnya ye..
    MAcam nak kena cari la telur masin nie.. Boleh makan sahur esok..

    ReplyDelete
  2. Macam telur jeruk gitu.. hehe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook