Istimewa Untuk Peminat Sate

Korang suka makan sate tak? Sate merupakan salah satu makanan yang akak suka. Istimewa untuk peminat sate, sekarang ini hasil inovasi daripada Jabatan Perikanan Malaysia, sate tuna telah dihasilkan.  Produk yang diperkenalkan semasa MAHA 2016 yang lepas merupakan satu produk galakan promosi hasilan tuna dan menu terbaru istimewa untuk peminat sate.


satay station, sate tuna, pendapatan lumayan untuk usahawan
Siapa sangkakan, ikan tuna pun boleh jadi hidangan sate yang sedap.

Korang jangan tak tahu, penglibatan dalam penghasilan dan penjualan sate tuna ini boleh memberikan pulangan besar melebihi RM5 000 sebulan kepada usahawan sate tempatan.  Fuhh....kalah gaji akak sebulan.


satay station, sate tuna, pendapatan lumayan untuk usahawan


Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, “Sate Tuna ini dihasilkan seratus peratus (100%) daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan. Berasaskan nutrien dan khasiat  isi ikan tuna ini, sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat. Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan tuna’.  Beliau berkata demikian selepas melancarkan  Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront.
 

 Promosi Sate Tuna Melalui Rangkaian Satay Station


satay station, sate tuna, pendapatan lumayan untuk usahawan


Tambah Shabery, sebagai permulaan untuk mempelbagaikan varieti sate yang sedia ada di pasaran di samping memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan cawangan baru di KLIA2 ini diyakini mampu memperkenal sate tuna ini bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.

Menarik sangat ni. Mudahlah nanti nak cari kat mana ada jual sate tuna ni. Tak sabar pulak rasanya nak mencuba.Harap-hrap lepas ni makin banyak yang cuba menceburi francais sate tuna ni. Secara tak langsung akan dapat membantu usahawan tempatan mempelbagaikan hasil jualan.


satay station, sate tuna, pendapatan lumayan untuk usahawan


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini.
 
Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu melebihi RM5,000 sebulan.


satay station, sate tuna, pendapatan lumayan untuk usahawan


Kalau ada di kalangan korang yang berminat nak cuba memasarkan sate tuna ni dan nak dapatkan maklumat yang lebih terperinci, akak sertakan tempat yang korang boleh hubungi.  
 
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No. Tel​: 03 – 8870 4234
No. Faks​: 03 – 8881 0343

1 Comments

  1. mcm menarik ni, klau org try jual dekat psar mlm boleh laku ni..

    ReplyDelete