Tak terlewat rasanya nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan pada follower-follower muslim di sini.  Moga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas.  Macamana dah masuk hari ke tiga berpuasa ?

Bagi bloggers, bila tiba bulan puasa ni, salah satu cara nak dapatkan view yang banyak ialah dengan update resepi-resepi pilihan untuk berbuka ataupun bersahur.  Memang cara mudah nak cari resepi, google saja sambil-sambil habiskan masa lunch tengahari.  

Akak pun nak berkongsi dengan korang yang memilih juadah bukan nasi semasa berbuka puasa.  Berbuka dengan mee goreng. Tapi kadang-kadang mee goreng ni tak menjadi atau kurang rasanya.  Nampak macam mudah tapi nak dapatkan rasa yang umphhh tak mudah sebenarnya.

Berguru dengan en hubby  baru tahu rahsianya.  


mee goreng sedap, mee goreng mudah di masak, berbuka puasa
Ni masak semasa program sambutan Hari Guru di sekolah abang irfan.  Meriah bukan main sampai 7 round en hubby goreng mee ni.  

Akak tak nak lah share apa yang korang nak masukkan dalam mee goreng korang tapi akak nak share bahan rahsia yang korang boleh tambah untuk jadikan mee goreng korang lebih sedap.   Semasa selepas menumis bawang putih kisar, bila dah naik bau, korang masukkan sesenduk air rebusan ayam. Selepas tu masukkan cili kisar sebanyak mana yang korang nak. Lepas tu, masukkan campuran kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar halus.  Kalau korang rajin, masaklah dahulu kuah kacang macam kuah sate dan simpan siap-siap dalam peti ais. Bila nak guna defrostkan saja. Tapi kalau takde kuah kacang pun korang taburkan segenggam kacang tanah bergoreng yang dikisar tadi sebelum korang masukkan mee  dan bahan-bahan lain.

Rasanya? Korang cuba dulu masukkan bahan rahsia tu...selamat mencuba !

5 Comments

  1. Alaaaa...akak buat SA TERLIUR LA..dah la Sa ni penggemar mee

    ReplyDelete
  2. Oh ada rahsia, boleh try lepas ne

    ReplyDelete
  3. uish terliur nieyh. nasib baik dah lepas buka so dah kenyang hakhak. lepas nie nak follow rahsia akak lah hikhik

    singgah klik ads akak :*

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/tutorial-wallpaper-lock-screen-gambar.html

    ReplyDelete
  4. Mee goreng mmg lah kegemaran mama Di bulan puasa. Boleh lah try Cara azirah ni

    ReplyDelete
  5. Wowwww..terimsa kasihatas rahsia tu..rasanya yg buat sedap tu adalah kuah kacang.

    Terbaik hakak..thanks too to Mr Hubby

    ReplyDelete