Bercuti adalah merupakan saat yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh anak-anak, tapi juga ibu dan ayah.  Tambah-tambah kalau percutian yang dirancang.  Tapi akak dan keluarga biasanya memang tak rancang sangat percutian, tengok pada keadaan. Dapat sahaja masa yang sesuai, terus selit aktiviti bercuti kalau ada budget.

Percutian Singkat Tapi Menarik

Bagi akak sekeluarga, hujung minggu amat bermakna bila semua ahli keluarga ada. Almaklum, tinggal di kedah, bekerja di Penang, hujung minggu bagi kami adalah hanya hari Sabtu. Jadi bila ada cuti umum yang jatuh pada hari ahad atau masa cuti sekolah, akak cuba memanfaatkan sepenuhnya merancang percutian singkat tapi menarik.  Perancangan begini biasanya lebih 'adventure'.  Bila dah plan saat akhir, semua anggota keluarga akan memainkan peranan secara aktif supaya perancangan yang dibuat akan menghasilkan satu percutian singkat tapi menarik.

Biasanya bila masa agak terhad, perancangan lokasi adalah yang berdekatan atau yang memakan masa perjalanan kurang daripada 3 jam. `Time management' kena pandai.  Destinasi pilihan ialah percutian singkat di tanah tinggi Cameron Highlands.

Dah lama tak menjengah kat sini.  Bila sebut Cameron Highlands, terbayang suasana berkabus dan cuaca dan dingin sejuk sepanjang hari.  Anak-anak memang teruja sangat bila dapat bercuti ni. 


Destinasi menarik, tempat percutian, percutian budget, cameron highlands


Apa Yang Menarik di Cameron Highlands

Naik ke Cameron Highlands bukanlah kali pertama.  Pernah ke sini beberapa kali tapi setiap kali ke sana, tempat persinggahannya berbeza-beza.  Ada banyak juga tempat menarik asalkan korang rajin nak berjalan.  

Mossy Forest, Gunung Brinchang

Antara tempat yang menarik terutama bagi penggemar hutan flora dan fauna.  Nak ke sini agak mencabar juga. Kalau akak yang drive, memang tak sampai la.  Lepas tiba di kawasan parkir kereta, korang boleh berjalan kaki mengikut trek yang disediakan.  Sambil jalan sambil menikmati pemandangan.  Memang cantik dan kalau cuaca mengizinkan korang boleh nampak bandaraya Ipoh dari atas gunung ini.  


Destinasi menarik, tempat percutian, percutian budget, cameron highlands


Kat sini juga ada dinyatakan sempadan antara Perak dan Pahang. Budak-budak ni bukan main seronok lompat-lompat kejap masuk Pahang pastu masuk Perak pulak.  Ramai juga yang mengambil kesempatan beriadah kat sini. 


Destinasi menarik, tempat percutian, percutian budget, cameron highlands


Ladang Teh dan Petik Strawberry

Tak sahlah kalau ke Cameron Highlands tak singgah ke ladang teh atau singgah minum teh sambil menikmati pemandangan yang serba hijau.  Kalau naik ikut Tapah boleh singgah minum teh di tepi Boh Plantation. Manakala kalau ikut laluan Simpang Pulai, boleh lah singgah di Bharaat Teh Plantation.  Sambil minum sambil bersembang dan menikmati skon sedap di sana.  


Destinasi menarik, tempat percutian, percutian budget, cameron highlands


Lepas minum teh, boleh ke tempat tanaman strawberry. Memang banyak lokasinya, singgahlah yang mana satu pun.  Hargapun lebih kurang sama sahaja antara penjual yang ada.

Taman Agrotech Mardi

Terletak di Tanah Rata. Kat sini ada pelbagai jenis tanaman sayur dan bunga-bungaan di bawah seliaan Mardi.  Yang menariknya kat sini, bila bergambar nampak sangat cantik.  Anak-anak pun boleh bermain kejar-kejar di celah-celah pokok bunga.  


Destinasi menarik, tempat percutian, percutian budget, cameron highlands


Destinasi menarik, tempat percutian, percutian budget, cameron highlands


Lokasi Lain di Cameron Highlands

Selain itu, korang boleh singgah di pasar malam Brinchang yang menjual pelbagai jenis makanan.  Taman lavender juga tak kurang menjadi tumpuan pelancong. Kalau musim cuti tempat-tempat ini memang padat dengan pengunjung.


Destinasi menarik, tempat percutian, percutian budget, cameron highlands

Kemudahan Penginapan di Cameron Highlands

Bagi yang bercadang untuk bermalam, korang jangan risau. Terdapat banyak hotel-hotel kecil besar dan homestay di sekitar Tanah Rata, Brinchang dan kawasan berdekatan.  Tapi kalau nak pergi masa cuti umum atau cuti sekolah korang kenalah buat tempatan awal-awal.  Cara mudah nak tempah, gunakan sahaja aplikasi Traveloka.  Sangat cepat dan tidak rumit. Kadang-kadang ada promosi diberi terutama pada yang install aplikasi Traveloka di gadget masing-masing.  Korang boleh juga masuk ke website Traveloka untuk membuat tempahan.


Destinasi menarik, tempat percutian, percutian budget, cameron highlands

Akak pun guna perkhidmatan ini untuk dapatkan tempat penginapan.  Banyak pilihan dan mudah digunakan. Dengan adanya kemudahan seperti ini, korang tak perlu risau. Kalau kena masa promosi, memang boleh dapat harga yang lebih menarik.

Jadi apa tunggu lagi ? Bagi yang telah mempunyai perancangan percutian, bolehlah mula memilih lokasi yang sesuai. Bagi yang masih lagi berangan-angan pun boleh juga intai-intai mana yang bertepatan dengan peruntukan yang ada.





2 Comments

  1. kalo pergi CH ni kan keja makannn jer.. sampai mengah pulak.. hahaha.. tp bestkan g sana tgk bunga & sayur segar2.. gerammm

    Jemput singgah ke blog MamaJue

    ReplyDelete
  2. Tempat percutian dalam malaysia yang saya suka sebab sejuk dan fefeling oversee sangat..hehe

    ReplyDelete