Assalamualaikum wbt.  Wah bukan main banyak jenama handphone akak tulis. Rezeki awal tahun 2017 juga, dapat dua smartphone baru lepas bertukar plan broadband semasa.  Bertukar ke arah yang lebih efektif untuk digunakan tanpa peningkatan kos malah sedikit pengurangan.

Blogger dan Broadband

Bila dah bergelar blogger, mesti ada akses ke dunia maya. Tak kira masa, tak kira di mana berada. Antara rajin dengan tak rajin aje. Blogger dan broadband memang umpama isi dengan kuku. Itulah yang akak rasa bila semakin serius dengan dunia blogger ni walaupun suam-suam kuku aje hebatnya. Biarpun antara nampak dengan tidak, akak memang rasa peningkatan lepas hampir tiga tahun bergerak serius semula. 


Blogger dan broadband, android atau iphone, beza android dan iphone,  ios
Bungkusan misteri yang akak terima awal minggu hari tu. Main agak-agak je isi nya.

Blogger dan broadband, android atau iphone, beza android dan iphone,  ios
Kawan baru kami.  Ni yang last untuk tahun ni kot.  Atau ada lagi yang percuma nak dapat? Yang ni guna wifi di rumah aje dulu. Service number yang ada nak kena upgrade dulu.


Awal tahun hari tu, akak tukar pakej data dan hasilnya akak dapat beli smartphone Samsung dengan harga seringgit tanpa sebarang komitmen lain.  Siap register service number yang baru lagi. Minggu lepas en hubby pulak berubah plan dan hasilnya pula dapat seketul Oppo secara percuma. Hmm...tak payah fikir nak pergi beli lain dah. Nombor spare memang akak dah ada cuma kena upgrade dulu.  

Android dan Ios

Selama ni akak dan en hubby memang pengguna tegar Iphone. Sekarang pun masih lagi sayang kat iphone masing-masing. Nak kata yang terkini belum lagi, tapi daripada ip 4 dah kami gunakan. Mesra alam dan mudah dikendalikan. Bak kata en hubby...heavy duty pun ye. Jatuh ke lantai tak usah nak ceritalah. Cermin retak pun dah berkali-kali juga.  Bukan fanatik tapi memang serasi dengan iphone.

Dengan dua gadget baru ni akak berjinak pula dengan android.  Taklah beza mana pun.  Kalau korang nak lebih mengetahuinya korang boleh baca kat sini -- beza android dan iphone

Gadget dan Anak-anak

Tak ada plan pun untuk letgo mana-mana smartphone yang ada.  Anak-anak memang tidak dibenarkan lagi memiliki handphone. Ketinggalan ke? Tidak rasanya.  Mereka selesa dengan cara sekarang, kami apatah lagi ...lega rasa bila anak-anak tak pernah sebut untuk memiliki hp. Cukup mereka dapat guna bila cuti sekolah atau ketika berada di rumah.  Mudah juga akak nak pantau sebab semua akses mereka adalah melalui handphone akak atau en hubby. 

*credit pada ms.wondershare.com 

4 Comments

  1. Saya dulu suka Sonny erricson.Lepas jenama samsung meletup, terus bertukar kepada Samsung sampai le sekarang. hehe

    ReplyDelete
  2. tq for info sis. Fira ada plan juga nanti nak tukar fon tapi masih buntu sama ada iphone atau oppo.hehe

    ReplyDelete
  3. liza dah pakai iphone 5s sejak tahun 2014. so, far alhamdulillah serasi.. tak pernah buat hal lagi. hehe

    ReplyDelete
  4. we~ byknyer phone akak, rmai sekarang ni dpt phone free sbb guna broadband or line..

    ReplyDelete