Power Of Self Discipline

Tuesday, March 07, 2017

Assalamualaikum wbt.  Tajuk berbahasa Inggeris. Entry masih bahasa yang sama seperti sebelum ini. Bila bercakap soal disiplin mesti tergambar pasukan beruniform terutama pasukan tentera dan polis yang lengkap berpakaian seragam sedang berbaris menerima arahan ataupun sedang berkawad di tengah panas.  Nampak keseragaman, berdisiplin.  Terlintas juga perihal guru-guru disiplin yang semakin sukar menjalankan tugas mereka di sekolah-sekolah.

Tapi akak bukan nak bercerita tentang disiplin pasukan beruniform, memang semua dah sedia maklum.  Bukan juga berkisah tentang guru-guru disiplin yang saban hari cuba menjalankan tugas sebaik mungkin.  Akak nak bercerita tentang disiplin anak-anak dalam pelajaran.  Bercerita dari sudut pemahanan dan amalan akak sekeluarga.  Tidak ada kena mengena dengan sesiapa jua pun.

Ada teman bertanya. Bagaimana akak mendidik anak-anak dalam kesibukan tugasan lain saban hari. Tak mudah sebenarnya.  Untuk mendapat hasil baik di satu keadaan kadang-kadang kita terpaksa berkorban di bahagian yang lain pulak.  Rasanya dah pernah beberapa kali akak bercerita tentang ini.  Anak-anak ni umpama kain putih yang mudah sangat tercemar bila tersilap langkah.  Mereka juga insan-insan yang mudah dibentuk. Bentuklah mereka seawal yang mungkin supaya yang baik terus diterap dalam diri mereka.

Untuk memastikan anak-anak berdisiplin dalam pelajaran, sejak kecil lagi terapkan minat mereka pada buku dan kisah pendidikan. Kartun pun ada yang mendidik. Tak salah beri mereka memilih kartun-kartun yang mereka suka.  Apa yang akak perhatikan, budak-budak ni memang suka pada binatang, kisah binatang dan apa sahaja yang berkaitan dengan binatang.  Selain itu, seni. Irfan dan afiah ada kecenderungan dalam melukis. Bila dah nampak minat mereka, rajin-rajinlah sediakan peralatan yang sesuai.  Tak semestinya kena ada kertas lukisan dan warna-warna pelbagai. Cukup dengan kertas kosong dan sebatang pensil. Biarkan mereka luahkan apa yang ada di fikiran mereka.  Ini juga salah satu cara mereka disiplinkan diri mereka dalam meluahkan kreativiti.


disiplin masa belajar, belajar sendiri, kisah anak-anak
Lukisan di kain rentang hasil seni abang irfan. Terkejut jugak akak masa cikgu maklumkan irfan sendiri melukis dan mewarna.  Keep up the good work ! 


Kesibukan bekerja dan tugas-tugas lain jangan sekali-kali kita jadikan halangan untuk anak-anak menjadi cemerlang.  Kita ada banyak pilihan. Akak pilih kaedah Kumon. Kenapa? Kerana setakat ini kaedah inilah satu-satunya yang sangat membantu kami untuk memastikan anak-anak belajar tanpa dipaksa.  Walaupun hanya mengambil satu subjek sahaja di Kumon tapi sebenarnya konsep pembelajarannya boleh kita terapkan pada perkara-perkara yang lain.  Apa konsepnya?  Everyday homework without failed.  Setiap hari ada tugasan yang perlu diselesaikan. Tak kisahlah masa mana nak buat tapi kena cari masa untuk buat.

Mengeluh? Awal-awal memang anak-anak mengeluh jugak.  Tapi anak-anak ni kalau buat homework dengan ibu ayah macam-macam alasan yang diberi. Tapi kalau arahan datang daripada guru, cepat sangat dibuatnya. Tanpa meninggalkan rutin anak-anak iaitu bermain. 

Budget? Kan akak kata tadi. Nak dapatkan hasil baik di sini, perlulah berkorban di bahagian yang lain.  Budget kami memang sangat ketat.  Tambah-tambah ketika awal ketiga-tiga anak-anak ini dah mula dengan kelas Kumon.  Hari-hari buat kira-kira supaya tak miss soru ! Alhamdulillah, kalau perkara baik in sha Allah dipermudahkan urusan kita.  Jangan putus doa.

Sekarang ni memang anak-anak ini akan susun sendiri jadual mereka. Akak atau hubby sesekali sahaja bersuara sebagai peringatan.  Bukan mendabik dada atau riak, sekadar berkongsi. Sejuk mata memandang setiap kali lepas maghrib, anak-anak ini mengambil sendiri Al Quran untuk dibaca. Hujung minggu selepas sarapan, ambil dulu kerja-kerja sekolah untuk diselesaikan.  Bangun awal pagi untuk bertahajut. Berpuasa Isnin Khamis saban minggu.  Mak ayah pun kadang-kadang culas dalam melaksanakan perkara-perkara ini.


disiplin masa belajar, belajar sendiri, kisah anak-anak
Hujung minggu melayan mereka dengan tugas-tugas yang perlu diselesaikan.  Sekarang ni sedang kenalkan konsep yang sama pada adik wan.  Anak bungsu manjanya lain macam sikit. Kena ambil masa.

Eh...ini sekadar berkongsi yer.  Bukan suruh korang ramai-ramai pergi daftar di Kumon pulak.  Apa yang akak nak share ini adalah berdasarkan pengalaman akak selama ini.  Pernah seorang senior di tempat kerja bagitau akak - jangan cemburu atau iri pada rakan-rakan yang kerap melancong ke sana sini, atau yang biasa dengan hidangan hebat-hebat menjamu keluarga sebab masa itu in sha Allah akan sampai juga pada kita.  Selagi anak-anak di bawah naungan kita, pastikan mereka dijaga dengan baik, dibajai dengan ilmu sebanyak mana yang mampu. 

*Sharing is caring

You Might Also Like

2 comments

  1. Betul tu kak. kalau kita mula biasakan anak-anak dengan cara macamtu,
    lama-lama hasilnya kita akan nampak. Mereka lebih berdisiplin.

    ReplyDelete
  2. Seronok pula baca. Hehe. Saya memang minat baca kalau tentang self-development, motivasi dan disiplin ni.

    Memang susah nak bentuk disiplin, sebab itu la kena didik disiplin tu dari kecil. Sebab kalau budak kecil, mereka punya wayar neuro dekat otak lebih mudah dibentuk. Kalau dah besar bukan tak boleh berdisiplin tapi nak bentukkan wayar neuro tu kena usaha.

    Bagi mereka contoh yang baik kerana itu sudah menjadi tanggungjwab kita dan semoga mereka pun melaksakan tanggungjawab mereka dengan baik bila kita sudah meningkat usia :)

    Apa2 pun saya harap anak2 akak menjadi orang yang soleh dan berjaya.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook