Meraikan Hari Istimewa

Friday, March 31, 2017

Assalamualaikum wbt. Dalam hidup kita ni mesti kita akan tertunggu-tunggu untuk diraikan dan meraikan hari-hari yang istimewa.  Setiap peringkat usia kita ada hari-hari yang istimewa untuk kita ingat samada diri sendiri, ahli keluarga, kawan-kawan dan sebagainya.

Dulu hari-hari istimewa ini lebih kepada diri sendiri dan kawan-kawan. Lepas bekeluarga sudah tentu lebih tertumpu pada suami dan anak-anak. Tanyalah mana-mana ibupun, antara ibu dan ayah siapa yang lebih mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga. Dah tentulah si ibu...kan..kan..kan..

Selain tarikh-tarikh penting, ada juga peristiwa atau majlis meraikan hari istimewa.  Semalam kami sama-sama meraikan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik di sekolah abang irfan.  Oleh kerana hari sekolah, adik-adik yang lain tidak dapat turut serta meraikan kejayaan abang.  Takper yang penting kita raikan.  

Majlis yang sederhana namun ramai juga ibubapa yang hadir meraikan anak-anak mereka.  Kegembiraan tergambar di wajah setiap penerima anugerah.  Bagi lepasan SPM pula, kejayaan yang mereka kecapi tergambar rasa kepuasan bila nama dipanggil naik ke pentas menerima penghargaan.  Suka akak tengok wajah-wajah mereka ini.

Alhamdulillah juga, Irfan masih mengekalkan prestasi baik dalam pelajarannya.  Tahun ini tahun yang menentukan arah tuju seterusnya nanti.  Bukan dia sahaja yang berdebar-debar. Mak ayah pun macam-macam rasa yang ada.

hari anugerah cemerlang sekolah, kejayaan anak-anak, hari istimewa


Seronok dapat turut serta daripada awal acara.  Menyambut kedatangan tetamu kehormat, disambut dengan paluan kompang dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan pasukan beruniform dan diakhiri dengan persembahan pancaragam sekolah.  Segak anak-anak berpakaian kemas mewakili pasukan beruniform masing-masing.


hari anugerah cemerlang sekolah, kejayaan anak-anak, hari istimewa

Akak memang dah terlibat dengan aktiviti ibu bapa di sekolah ini sejak irfan tingkatan 1 lagi. Eh kami pun ada pakaian seragam tau !  Tahniah anak-anak semua. Perjalanan masih jauh. In sha Allah tahun ni akak dapat meraikan semua anak-anak di pentas sekolah.  Alhamdulillah ......kebahagian seorang ibu adalah bila melihat anak-anak gembira dan berjaya dunia akhirat.

Banyak juga pesan-pesan menarik yang dapat dikutip daripada ucapan perasmian tetamu jemputan tadi.  Kita cuba dan sentiasa akan terus mencuba menjadi yang terbaik dunia akhirat.

*terima kasih atas perkongsian gambar-gambar ini dari rakan-rakan yang turut hadir.




You Might Also Like

4 comments

  1. Congrats..
    bahagia bila diraikan kan.

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya dan jd insan yg berguna pd masyarakat dan negara..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook