Bon Appetit Dengan Biskut Gery Saluut

Monday, March 13, 2017

Assalamualaikum wbt.  Rasanya viral jugak pasal Biskut Gery ni.  Akak selalu nampak bila baca resepi cheese cake, biskut ni dihancurkan untuk buat base.  Macam sedap je! Tapi kawan-kawan kata susah nak dapat. Akak pun tak tahu ada jual kat mana.

Secara kebetulan kawan seofis buat promo Biskut Gery.  Haa...jangan lepaskan peluang mencuba. Biar lambat janji dapat rasa.  Apa bezanya Biskut Gery ni dengan biskut-biskut lain yang pernah akak makan.


biskut gery salut, biskut gery, kudapan bila lapar


Didatangkan dengan dua perasa. Cheese dan coklat.  Akak beli sebungkus setiap satu.  

Nilah rupanya biskut gery ni.  Serupa macam biskut empat segi atau akak panggil biskut lemak yang ada terjual. Bezanya, di sebelah bahagian disalut keju atau coklat. Di bahagian yang sebelah lagi ada taburan gula castor. Biskut ni taklah manis sangat pun tapi kalau makan banyak rasa jemu juga.  


biskut gery salut, biskut gery, kudapan bila lapar


biskut gery salut, biskut gery, kudapan bila lapar


Budak-budak sukalah makan biskut ni. Buka sebungkus, sekejap je abis.

Nanti nak cuba hancurkan untuk base cheese cake pulak. 

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook