Petua Kurangkan Rasa Sakit Gigi Paling Berkesan

Tuesday, February 14, 2017

Assalamualaikum wbt.  Senyap sunyi blog ni hampir dekat seminggu. Akak sibuk dik oooii..dari minggu lepas lagi.  Training, kerja bertimbun tinggal bila kena pergi training dan sekarang ni musim buat evaluation 2016 company tempat akak kerja ni.  Orang lain banyak yang buat hujung tahun tapi kami bulan Jan, Feb baru kalut.  Ni dah reda sikit baru boleh jengok sini.  Harap-harap dapatlah rezeki lebih setimpal dengan usaha dan amanah yang dilaksanakan. Doakan yer korang !

Beberapa hari ni tiba-tiba rasa sakit gigi menyerang.  Minggu lepas perut meragam.  Dah pertengahan 4 series ni macam-macam rasa tiba, peringatan untuk diri sendiri.  In sha Allah, sakit penghapus dosa.  Bila tengah sakit gigi, memang tak guna berjumpa dentist, kena tunggu reda dan hilang sikit rasa sakitnya baru boleh serah diri kat doktor.  Sementara nak mengurangkan rasa sakit tu, akak paling serasi dengan satu petua orang-orang lama.


petua, sakit gigi hilang, amalan berkesan



Apa dia? Cara paling mudah. Berkumur dengan air garam suam.  Berkumurlah dalam 30 saat gitu. Jangan pulak ditelan...huhu kalau telan tak tahulah rasanya macamana. Setakat ni sangat berkesan untuk akak amalkan.  Bila dah hilang sakit tu, cepat-cepatlah buat rawatan ye!

You Might Also Like

4 comments

  1. arghhh mintak dijauhkan sakit gigi.. Azabnye hanya ALLAH je tahu,...

    ReplyDelete
  2. Sakit gigi..uwaaa..fobia...Sejak kena cabut gigi sampai 2 batang tahun lepas, saya sangat la menjaga kebersihan gigi terutama lepas makan..hehe..dah kena baru nak beringat..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook