Assalamualaikum wbt.  Seminggu dua ni anak-anak sibuk dengan latihan rumah sukan. Baik yang kakak mahupun si abang.  Muka masing-masing pun dah makin gelap tone warnanya.  Seronok tengokkan ketiga-tiga orang ni bila berjumpa masing-masing bertukar cerita aktiviti sekolah masing-masing.  

Hujung minggu ni sukan di sekolah abang.  Akak pun dah plan nak pergi jenguk jugak menyumbang suara sorakan.  Dah tahun akhir dah pun.  Pihak PIBG sekolah adalah juga menyarankan ibu bapa yang nak hadir untuk memakai pakaian mengikut warna rumah anak masing-masing.  Terbayang dah kemeriahannya nanti. 

Bukan setakat anak-anak yang excited.  Mak ayah nipun sama jugak.  Dalam group wasap kami, masing-masing ibu bapa sibuk bertanding dalam bentuk pantun menyokong rumah sukan anak-anak mereka.  Tak sangka pulak kreatif jugak para waris ni.  Belum sempat akak masuk dan berdesup desup waris lain hantar.

Antaranya...

Anak tun syed suka bersukan
Dari pagi hingga petang
waris selalu bawa makan
hari sukan kena datang

Mutiara nilam zamrud delima
Semua warna cantik belaka
Dua anak dok di sana
Last sekali tak tau nak sokong sapa

Sekolah tun syed di pinggir pekan
Warganya sungguh bersopan santun
Anak-anak bertanding sukan
Parents kalut berbalas pantun

Nilam delima dok kumpul mata
Dua pasukan lain pun turut serta
Berkobar di hati ingin turut serta
Apakan daya tak dapat juga.....

Mutiara mungkin tenggelam,
Zamrud nyawa-nyawa ikan,
Delima punya geram,
Nilam jadi johan

Yang kurik itu kundi, 
Yang merah itu saga, 
Yang elok itu budi, 
Yang Johan itu Delima 


Hebat kan !

0 Comments