ROMANO Haruman Maskulin Serlah Keyakinan Lelaki Urban

Saturday, January 14, 2017

ROMANO - Keyakinan Untuk Lelaki Urban


Assalamualaikum wbt.  Stok deodoran untuk en hubby dan anak teruna dah habis. Nak kena restok. Bulan lepas dah restok untuk gegirls dalam rumah ni, jadi bulan ni kena restok untuk yang boboi pulak.  Mencuba semburan deodoran ROMANO untuk lelaki.


semburan deodoran ROMANO, maskulin, lelaki urban


Semburan Deodoran ROMANO dengan wangian maskulin premium dan formula cepat keringan yang diperbaharui memberikan kesegeran 24 jam dan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan dalam rutin harian mereka. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.

Semburan Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut keseusaian gaya anda. Ia sekali gus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan anda berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek baharunya juga menegaskan mesej yang jelas tentang lelaki maskulin yang sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan tetapi masih mampu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.


Pilihan Menarik Semburan Deodoran ROMANO


Ada 4 pilihan haruman yang menarik ditawarkan oleh ROMANO.  Kesemuanya mempunyai tarikan yang berbeza.


semburan deodoran ROMANO, maskulin, lelaki urban


ROMANO Metro Pulse dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempuran untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi.

ROMANO Prestige menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini adalah sesn akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.

ROMANO Classic berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.

ROMANO Urbane Attitude difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.


Bagaimana Untuk Mendapatkan Semburan Deodoran ROMANO



semburan deodoran ROMANO, maskulin, lelaki urban


ROMANO Deodorant Spray 150ml dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.  Jadi tak susah untuk mencari stok tambahan untuk produk ini.  

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook