Tak Lama Lagi Nak Sekolah Dah

Wednesday, December 28, 2016

Assalamualaikum wbt.  Dah penghujung cuti sekolah kenalah naikkan semula mood anak-anak untuk mengadap buku pelajaran.  Seharian semalam melayan kerenah masing-masing. Cukup persediaan sekadarnya sahaja.  Mana yang masih boleh guna, kita repeat guna dulu.  Zaman berjimat sekarang ni.


persiapan masuk sekolah, sekolah buka semula, azam baru semangat baru

Tiga orang punya hasil tangkapan. Kali ni beli yang perlu sahaja dulu. Nanti top up mana yang tak cukup. Tiga-tiga nak exam besar tahun depan, layankan.


Ingat dulu masa bersekolah, tak kisah berbaju baru atau tidak, yang penting set menulis mesti dapat yang baru.  Tak tahu kenapa...pemangkin paling berkesan bila dapat set menulis yang baru, rasa seronok je nak buat kerja.  Dapat pula sekotak pensel warna yang baru. Ada yang bawa kotak pendek, ada yang bawa kotak panjang. Kalau yang panjang tu pula ada yang 12 batang, 24 batang, 36 batang.  Seronok bila diingatkan hari pertama masuk sekolah semula.  Bila dah berada di darjah 6 dah jadi senior. Tengok aje gelagat adik-adik yang bawah. Bila di sekolah menengah pula, bila dah di tingkatan 4 hingga 6 tu memang tak lepas daripada memikul tanggungjawap sebagai ketua samada di dalam kelas, pasukan beruniform, sukan mahupun persatuan.  Pernah masa di tingkatan 6 sampai 5-6 jawatan akak pegang. Dalam kelas selalu tak de. Mujur menjadi jugak.....

Bila diingat semula, itulah sebenarnya yang mengajar kita menjadi lebih matang, lebih berdisiplin dan lebih bertanggungjawap.  Seronok tengok anak-anak yang dah tak sabar nak masuk sekolah semula. Hujung minggu ni sunyilah rumah akak bila abang dah balik asrama dan kakak-kakak dah sibuk dengan tugas-tugas sekolah. Adik Wan pun dah masuk tahun akhir di tadika.  Hmmm....makin dekat dah kita pada Pencipta. Moga ada peluang untuk terus bersama mereka.


persiapan masuk sekolah, sekolah buka semula, azam baru semangat baru

Esok Adik wan nak berkhatan. Dah hujung-hujung baru dia teringin. Tak pe atas kerelaan. Lambat sikitlah mulakan sekolah nanti.  Awal-awal dah dapat hadiah . Seronok bukan main, kejap-kejap bagitau dah jam berapa. Layankan saja....



You Might Also Like

2 comments

  1. Kena kerja keras nampaknya tahun ni. Nak tengok kejayan ke tiga-tiga kejsyaan anak. Berkhatan sekarang mudah sembuh. Cepat baik,

    ReplyDelete
  2. biasalah sekolah dah nak bukak layankan ragam anak2 kan... semoga anak2 berjaya dgn cemerlang utk exam besar tahun depan...dan baggakan ibu mereka ni

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook