Assalamualaikum wbt.  Dah lama akak tak berkongsi resepi mudah-mudah untuk santapan keluarga kan? Banyak yang nak dikongsikan. Koleksi gambar masakan berderet-deret dalam simpanan. Nanti akan akak share satu persatu yang mana sesuai.

Untuk kali ini, akak nak share masakan paling simple, semua orang boleh buat.  Perkongsian kali ini ialah IKAN GORENG MASAM MANIS.  Mudah tau, tak sampai setengah jam, dah boleh hidang dan makan dengan nasi panas-panas.  

Hasil belian sayur-sayuran semalam, masakan pun letak sayur banyak-banyak..baru best.


ikan goreng sweet sour, lauk mudah, resepi mudah, cepat makan


Bahan-bahannya pun bukanlah susah sangat nak cari.

Ikan potong (ikan seekor pun boleh juga) - gaul garam kunyit dan goreng, jangan terlalu garing.  Lepas goreng ketepikan sekejap.

Sos Masam Manis :

1-2 sudu besar cili kisar
1-2 sudu besar sos tomato
1-2 sudu besar sos cili

Bawang putih dan bawang merah - hiriskan

Potongan timun, karot, nenas (kalau ada), kobis bunga, bawang besar, cili merah.
Sedikit daun sup dan bawang sebagai hiasan
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:

Tumiskan bawang. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar. Kacau sebentar bagi garing. Kemudian masukkan sos cili dan tomato serta sedikit air.  Agak-agaklah banyak mana kuah dan kepekatan yang korang inginkan.  

Masukkan potongan karot dulu. Kacau dan biarkan. Sambil-sambil tu korang boleh masukkan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih manis, lebihlah gula. Kalau nak lebih masam, bolehlah perahkan sedikit limau nipis atau air asam jawa. Tapi lebih mudah kalau korang masukkan nenas atau tomato. Dah cukup masamnya...tak perlu masam sangat. Akak tak masukkan air asam atau perahan limau, tapi akak lebihkan sedikit sos tomato...dah cukup.

Bila agak-agak karot dah sedikit lembut, masukkan sayur-sayuran lain yang korang dah potong tadi. Biarkan sekejap. Agak-agak dah cukup rasanya padamkan api. Biasanya akak akan curahkan sahaja kuah masam manis ni ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Tapi kalau korang nak campurkan ikan dan kuah dan gaul rata pun boleh. Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang. Dah boleh hidang dengan nasi panas dan telur dadar.

Kalau nak cepat, menu IKAN GORENG MASAM MANIS ni memang sangat sesuai. Cubalah yer!!

4 Comments

  1. err..pinggan comei, terbekenan pulak ':)

    ReplyDelete
  2. T_T dapnyaaaaa~ husna paling suka masakan yg letak sayur banyak mcm ni.. kira dua dalam satu..

    ReplyDelete
  3. Ikan goreng masam manis memang sedap. Kegemaran saya.. nyum3

    ReplyDelete