Assalamualaikum wbt.  Malam tadi akak ada share satu gambar kat IG. Minta kawan-kawan meneka harga sayur-sayuran yang akak baru beli. Takde yang berani meneka...ke atau malas nak teka sebab tiada hadiah disediakan...hehhe...gurau je korang!!

Kebiasaan akak akan refill stok barangan basah kat rumah setiap hujung minggu. Di Kedah, Jumaat dah boleh kira hujung minggu la kan.  Satu ketika dulu, memang suka sangat beli stok sayur-sayuran di pasar malam atau pasar. Tapi sejak beberapa tahun yang lalu, minat tu dah bertukar. Rasanya harga jualan sayur-sayuran di pasar malam dan pasar besar agak keterlaluan pulak.


langkah berjimat, penjimatan, sayur-sayuran berkualiti


Cuba korang tengok stok yang akak baru beli ni.  Teka harganya? Percaya tak kalau akak katakan bekalan sebanyak tu akak hanya bayar sebanyak RM23 sahaja. Barang yang akak beli tu agak besar-besar juga kuantitinya. Al maklum stok untuk seminggu sekurang-kurangnya. Keluarga akak memang tak boleh takde hidangan sayur-sayuran ketika makan. Tak kiralah sayur goreng, sup atau pun ulam-ulaman. Memang kena ada. 

Kat mana akak beli? Belian di kedai borong sayur-sayuran di Kulim ni. Sayur-sayurannya memang fresh dan murah. Kalau besar kuantiti yang korang beli lagi berbaloi. Akak kalau ke sini, memang menggeram tengokkan sayur-sayurannya. Puashati bila keluar kedai sebab dapat beli banyak dengan harga yang jauh lebih rendah daripada belian di tempat lain.

Zaman ekonomi yang semakin menyesakkan ni....kena terus cari ruang dan peluang untuk berjimat. Kalau boleh penjimatan yang tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga.....

1 Comments

  1. Jualan borong memang sayur murah2, yg mahal tu bila penjual beli dari pemborong..harga kena up lagi..sekarang ni kena banyakkan makan sayur, minyak kurang2kan lah :)

    ReplyDelete